Terdahulu seorang selebriti dan pempengaruh media sosial (influencer) dilaporkan berada di bawah pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana gagal memperbaharui cukai jalan bagi kenderaan mewah mereka.
Dalam satu perkembangan terbaharu, Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata kedua-dua individu tersebut telah tampil membuat pembayaran baru-baru ini.
Baca Juga:
- Nissan GT-R Antara 13 Kereta Mewah Bernilai RM5 Juta Disita JPJ Kelantan

- JPJ Cadang Wajibkan Semua Kenderaan Pengangkutan Awam Pasang ‘Dashcam’

- Warga Emas Switzerland Puji Penguat Kuasa JPJ Datang Rumah, Mudahkan Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripadanya tidak memperbaharui cukai jalan selama setahun, manakala seorang lagi gagal berbuat demikian selama dua tahun.
“Susulan operasi yang kami jalankan baru-baru ini, ramai individu seperti mereka telah tampil untuk menyelesaikan cukai jalan dan insurans,” katanya ketika dihubungi.
Beliau menambah, mereka yang telah tampil itu termasuk tokoh korporat dan usahawan.
“Respons yang diterima setakat ini amat menggalakkan. Kami menggesa mana-mana individu yang masih belum memperbaharui cukai jalan dan insurans supaya berbuat demikian tanpa tangguh,” katanya.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata kedua-dua individu tersebut telah tampil hari ini.