Sebelum ini, pernah tular video pendakwah terkenal, Ebit Lew memberikan bantuan kepada seorang ibu tunggal bertatu yang tinggal dijalanan ketika dia berada di Indonesia dan juga membantunya berniaga ketika wanita terbabit datang ke Malaysia.

Selepas dua bulan, Mondy telah memuat naik video di TikTok miliknya dimana memaparkan dirinya sudah kembali ke imej asal dimana tidak bertudung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mondy_tatto

#beranda #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #podcast #mondytatto #sadvibes

♬ suara asli – Venybaper – Venybaper

Mondy memuat naik video tersebut selepas dipersoalkan netizen kerana dia telah kembali ke imej asal dan pelik kenapa netizen mahu sibuk dengan kehidupannya.

Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen sudah menjangkakan hal ini terjadi kerana dilihat Mondy seolah-olah tidak ikhlas mahu berubah sebelum ini.

Malah, ada juga mempersoalkan tindakan Mondy dan mengatakan pasti Ebit Lew akan sedih melihat jalan yang dipilih Mondy. Dalam pada itu, segelintir netizen berkata jika seseorang mahu berubah ke arah lebih baik perlulah ikhlas dan bukan disebabkan orang lain.