Sebelum ini, Anthony Loke telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dan baru sahaja menyandang jawatan tersebut, Anthony telah menyamar untuk melihat sendiri keadaan fasiliti pengangkutan awam di ibu negara.

Selepas lawatan mengejut Anthony, dia mendapati banyak kerosakan berlaku di beberapa fasiliti pengangkutan awam dan dikatakan tindakan lanjut akan diambil bagi memberikan keselesaan kepada para pengguna pengangkutan awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, kecoh di TikTok apabila beberapa orang berkongsi video memaparkan eskalator di LRT KLCC telah dibaiki selepas 3 tahun ‘diselenggara’ dan seperti tiada harapan akan dibaik pulih.

@zimilx

After 1000 years, we can finally see some improvement at the KLCC subway station.

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

@tengkumer

Is this really happening? 😲

♬ original sound – mia

https://www.tiktok.com/@wasabimyy/video/7175831098369363226?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Lantaran itu, rata-rata netizen terutama sekali mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berasa gembira dan bersyukur akhirnya eskalator tersebut dibaiki serta berharap tempat lain juga akan dibaiki.

Bukan itu sahaja, para netizen juga memuji Anthony Loke kerana tindakannya yang pantas turun padang melihat keadaan fasiliti pengangkutan awam kini semua kemudahan yang rosak mula dibaiki.

Malah, rata-rata netizen juga berharap servis pengangkutan awam akan lebih dipertingkatkan untuk keselesaan para pengguna sekaligus menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam.