Arab Saudi kini bersedia untuk membuka kedai minuman beralkohol pertamanya di Riyadh. Bagaimanapun, difahamkan bahawa kedai arak itu khusus untuk diplomat asing bukan Islam.

Kedai minuman ini dilaporkan terletak di kawasan kompleks diplomatik di ibu negara, jadi hanya diplomat dan orang yang mempunyai akses khas sahaja yang dibenarkan masuk ke kedai tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan Reuters, masih belum jelas sama ada kedai ini benar-benar eksklusif untuk diplomat asing atau sama ada ekspatriat dan warga asing juga boleh masuk ke kedai tersebut.

Bagaimanapun, sumber mengesahkan akses ke kedai arak ini sangat ketat malah pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu melalui aplikasi mudah alih untuk mendapatkan kod permit membeli arak daripada Kementerian Luar Arab Saudi.

Selain itu, aplikasi ini turut mengehadkan kuota minuman yang boleh dibeli pelanggan setiap bulan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung rancangan untuk membuka kedai arak ini.

Namun, Saudi melalui Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC), mengesahkan bahawa kerajaan telah melaksanakan sistem baharu mengenai import alkohol.

“Proses baharu ini akan terus menyediakan dan memastikan semua diplomat kedutaan bukan Islam mempunyai akses kepada produk ini dalam kuota tertentu,” kata CIC dalam satu kenyataan kepada Reuters.

Kenyataan itu tidak membincangkan rancangan untuk menyimpan minuman beralkohol tetapi berkata rangka kerja baharu itu menghormati konvensyen diplomatik antarabangsa.

Jika dibuka secara rasmi, kedai ini akan mencatat sejarah sebagai kedai arak pertama di Saudi selepas 70 tahun.

Sebagai sebuah negara yang melaksanakan undang-undang Islam, Saudi mempunyai undang-undang ketat yang melarang pengedaran dan pengambilan minuman beralkohol.

Undang-undang ini juga terpakai kepada warga asing yang tinggal di negara tersebut.

Langkah ini diambil selari dengan rancangan Saudi untuk menjadikan kerajaan Islam di negara itu lebih terbuka.

Sumber