Bile sebut Disney, pasti kita akan terbayang akan karakter ikonik tikus yang dikenali sebagai Mickey Mouse. Malah, si tikus ini berevolusi dari sekadar watak animasi dan komik menjadi salah satu lambang paling dikenali di dunia.

Siapa sangka Disney dilaporkan hilang hak cipta ke atas versi terawal karakter ikonik berbentuk tikus, Mickey Mouse.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Steamboat Willie

Oleh itu, orang awam dilapor boleh menggunakan imej Mickey dan Minnie Mouse yang muncul dalm filem pendek pertama, Steamboat Willie pada 1928.

“Sungguhpun begitu, perubahan ini tidak tertakluk terhadap rekaan karakter Mickey Mouse untuk versi-versi yang lebih moden.

“Banyak versi Mickey yang lebih moden tidak akan terjejas susulan penamatan tempoh hak cipta bagi Steamboat Willie.

“Mickey akan terus memainkan peranan penting sebagai duta global bagi Syarikat Walt Disney dari segi penceritaan, tarikan taman tema dan barang dagangan

“Sudah tentu, kami akan terus melindungi hak kami ke atas karakter Mickey Mouse versi lebih moden.

“Perkara sama juga akan dilakukan ke atas beberapa karya lain yang masih memiliki perlindungan hak cipta,” kata jurucakap Disney.

Menurut Sky News, undang-undang di Amerika Syarikat (AS) membenarkan tempoh perlindungan hak cipta selama 95 tahun.

Sebelum ini, Kongres AS sudah pun melanjutkan tempoh perlindungan sebanyak dua kali di bawah undang-undang tersebut.

Pelanjutan tersebut antara lain atas desakan banyak studio seni termasuk Disney sendiri.

Sejak itu, ada pihak yang merujuk undang-undang berkenaan sebagai Akta Perlindungan Mickey Mouse, kata Jennifer Jenkins.

Jennifer merupakan seorang profesor undang-undang dan Pengarah Pusat Kajian Domain Awam Duke.

“Tetapi, rujukan itu terlalu dipermudahkan kerana bukan Disney sahaja semata-semata yang selalu mendesak.

“Sebaliknya, semua pemegang hak cipta karya yang bakal memasuki domain awam selepas ini mendapat manfaat daripada tempoh perlindungan tambahan selama 20 tahun,” kata beliau.

Watak ikonik itu memulakan kehidupan sebagai bintang Steamboat Willie, kartun pendek yang dikeluarkan pada 1928. Diasaskan oleh ilustrator dan usahawan Walt Disney, Mickey adalah simbol kekal bagi jenama berbilion ringgit itu.

Sumber Gambar: Vogue

“Sepanjang 90 tahun yang lalu, banyak taman tema Disney muncul di seluruh dunia, dan Mickey Mouse menjadi watak terkenal di dunia dan tertera pada pakaian, peralatan rumah dan juga makanan.

Karakter Mickey Mouse ‘membintangi’ atau ‘membuat penampilan’ dalam ratusan filem, permainan video dan rancangan televisyen, terutamanya Fantasia dan Get a Horse.

Manakala, versi moden watak itu masih dilindungi sepenuhnya mengikut undang-undang hak cipta di AS.

Sumber