Kehadiran konsert Coldplay baru-baru ini berjaya mencipta rekod kehadiran teramai dalam negara apabila dihadiri oleh 75,000 penonton sekaligus mengalahkan rekod yang dipegang Datuk Siti Nurhaliza selama 19 tahun.
Meskipun pelbagai tentangan dan kontroversi, konserta tersebut nyata memberi kepuasan buat para peminat yang hadir.
Baca Juga:
- TMJ Kongsi Keadaan Padang SNBJ Selepas Konsert Coldplay
- Wanita Hamil 7 Bulan Sanggup ‘Terbang’ Dari Kelantan Demi Coldplay
- Coldplay Pecah Rekod 19 Tahun Siti Nurhaliza, Bawa 75,000 Penonton Di Stadium Bukit Jalil
Terbaharu, Hello Universe Malaysia selaku syarikat yang menjayakan konsert dalam negara memberi bayangan menerusi Instagram Stories sebuah lagi band popular negara luar bakal dilangsung di Stadium Merdeka.
Weh ni apa….. pic.twitter.com/GPnURCSyBT
— بد (@abadefghijkl_) November 23, 2023
Band yang dimaksudkan adalah Radiohead yang berasal dari United Kingdom. Kehadiran band yang mempunyai jumlah peminat seluruh negara ini nampaknya telah membuatkan orang ramai teruja dan ternanti-nanti adakah band ini bakal membuat konsert dalam negara.
Adakah nurul izzah berjaya bawa masuk radiohead? https://t.co/758gKS2Y7g
— Nasi Kandar Enthusiast🇵🇸🍉 (@AsrafShuhaimi) November 23, 2023
jangan lah ceni lama dah ngidam nak tengok thom yorke perform ni hmm https://t.co/4NufawgQZR
— syahirah z. (@NrlFtmhSyhrh) November 23, 2023
Sebelum ini, Nurul Izzah selaku mantan ahli parlimen Permatang Pauh dan juga anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memaklumkan hasratnya untuk membawa masuk band ini ke Malaysia.