Segelintir netizen kurang setuju dengan tindakan peminat tegar One Direction yang mahu mengadakan upacara penghormatan yang disebut tribute buat Liam Payne.
Payne baru baru ini mengejutkan dunia apabila dia meninggal dunia selepas terjatuh daripada sebuah apartmen pada 16 Oktober lalu.
Di beberapa negara, peminat peminat Liam Payne berkumpul untuk upacara penghormatan khas mengenang penyanyi itu. Ini termasuk di Indonesia.
Begitu juga di Filipina di mana Directioners di sana juga sudah membuat upacara serupa.
Sebuah stesen radio tempatan kemudian mengajak Directioners – gelaran fandom untuk One Direction – untuk hadir acara tribute kepada mendiang.
Dan menyeru semua Directioners untuk membawa barang memorabilia kenangan seperti foto, atau bunga, surat dan apa sahaja.
Siaran tersebut berbunyi: “Buat seluruh Directioners yang hebat di Malaysia, ayuhlah sama-sama menyertai acara ini untuk meraikan memori yang tersemat dalam diri kita dan memperingati legasi indah Liam.
“Semoga bersemadi dalam ketenangan, Liam.”
Ada netizen yang kurang setuju dengan acara seperti ini. Kerana dianggap bertentangan dengan budaya masyarakat di Malaysia.
Seterusnya ada juga yang berkata: “Kalau yang non muslim tu nak pergi pergilah, tetapi kepada mereka yang beragama Islam tolonglah jangan pergi.”
Yang lain menulis: “Cukuplah sekadar mengingati mendiang, tak perlulah ada upacara tribute bagai.
Netizen seterusnya berkata, dia juga peminat tegar One Direction dan dia menentang upacara seperti ini.
Ada juga yang menganggap usaha buat upacara seperti ini sebagai jenis FOMO atau sekadar nak ikut trend serta tak nak ketinggalan buat benda yang orang tengah buat.
Tetapi ada juga yang menyatakan mereka akan hadir.