Pemain sayap Manchester United, Antony memutuskan untuk meninggalkan pasukan dan menyertai kelab La Liga, Real Betis secara pinjaman sehingga penghujung musim 2024/2025.
Menurut perkongsian Fabrizio Romano, pemain itu akan menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat dan tiada klausa pembelian dalam kontrak pinjaman yang ditandatangani oleh kedua-dua kelab.
Baca Juga:
- ‘Ini Skuad Paling Teruk Dalam Sejarah Kelab’ – Ruben Amorim
- Ruben Amorim: Memang Memalukan Jadi Pengurus Manchester United Yang Alami Banyak Kekalahan
- Ini Nasihat Cristiano Ronaldo Buat Semua Pemain Manchester City
Ini bermaksud Anthony akan kembali ke pangkuan United pada bulan Jun selepas tempih pinjaman beliau bersama kelab Sepanyol itu tamat.
π¨βͺοΈπ’ Antony to Real Betis, here we go! Verbal agreement in place between all parties with Man United too.
Documents being checked; then time for travel and medical tests.
United will let him leave on loan deal with π§π¨ buy clause. Heβll be formally back to United in June. pic.twitter.com/2Bywbzdxvj
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 20, 2025
Meskipun tidak beraksi bersama Manchester untuk baki saingan musim ini, United masih lagi perlu membayar sebahagian besar gaji Anthony yang mana mencecah nilai β¬240,000 seminggu.
Pemain berusia 24 tahun itu gagal menyinar sejak tiba dengan bayaran β¬95 juta pada 2022. Dalam 96 perlawanan di semua pertandingan, pemain itu menjaringkan 12 gol untuk United β hanya tiga gol yang berjaya dicatatkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas pemain Ajax Amsterdam itu dilihat gagal untuk menyesuaikan diri dengan saingan Liga Perdana, ditambah dengan tuduhan yang mengatakan beliau melakukan kekerasan terhadap pasangannya pada 2023 menambahlagi lagi mimpi ngeri Antony di England.
Real Betis ketika ini menduduki tangga ke-12 dan dibimbing oleh bekas pengurus Manchester City iaitu Manuel Pellegrini. Betis turut diperkuatkan oleh beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol dan Argentina.
Betis diperkuatkan oleh pemain seperti Isco, Hector Bellerin, Giovani Lo Celso, Marc Batra dan William Carvalho.
Sejak berada di bawah bimbingan Ruben Amorim, United dilihat mahu menyingkirkan pemain yang dianggap tidak menampilkan prestasi yang baik dan mereka memulakan langkah dengan Antony.
Seorang lagi pemain yang dijangka meninggalkan pasukan ialah Marcus Rashford dimana beberapa kelab dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.