Sidang media selepas perlawanan oleh Ruben Amorim terganggu kerana titisan air daripada bumbung yang bocor.
Sebelum ini stadium Old Trafford kerap tular kerana bumbungnya yang bocor. Namun kali ini, buat pertama kali, bumbung di bilik media pula bocor.
Ketika Amorim sedang menjelaskan pandangannya tentang perlawanan tersebut kelihatan air menitis dari atas. Keadaan itu agak bahaya kerana boleh merisikokan keselamatan.
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) December 22, 2024
Ruben Amorim sendiri jelas terganggu dengan perkara tersebut. Dan wartawan turut simpati dengannya.
Seorang peminat menyatakan bahawa, ini adalah satu lagi kebocoran di United. Merujuk kepada kenyataan Amorim yang membidas ada pihak di dalam pasukannya yang membocorkan pemilihan skuadnya menjelang hari perlawanan.
Head Coach of Manchester United and the ceiling is leaking, genuinely feel sorry Ruben Amorim. pic.twitter.com/LuAguM9iSZ
— Ruben Amorim Fan 🇵🇹 (@RubenAmorimx) December 22, 2024
Manchester United menelan satu lagi kekalahan yang memalukan di hadapan penyokong mereka sendiri. Kali ini kalah teruk 0-3 di tangan Bournemouth.
1 gol separuh masa pertama oleh Dean Huijsen dan dua lagi gol pada babak kedua menerusi penalti Justin Kluivert dan gol oleh Antoine Semenyo menambah derita buat United.
Setan Merah melakukan 23 percubaan ke arah gol. Namun kualiti akhir sangat tumpul.
Kekalahan ketuju ditelah mereka dalam liga musim ini menyaksikan United terus berada di tangga ke-13 dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Sementara Bournemouth terus cemerlang berada di tangga kelima dalam carta liga dia atas Aston Villa dan Man City. Dan hanya dibezakan dengan 3 mata daripada pasukan di tangga keempat Arsenal.