Pemilik Bubblebee, Shuib lega isu KWSP pekerjanya sudah selesai dan menafikan tuduhan dia hidup bermewah. Sebaliknya pelawak terkenal itu mendedahkan dia sendiri sudah setahun bekerja di Bubblebee tanpa gaji.

Ketika ditemuramah wartawan baru baru ini, Shuib pelik ada orang mengecam gaya hidupnya yang dianggap bermewah mewah sedangkan kebajikan pekerjanya terabai.

Artikel Berkaitan:

Shuib malah telah mengorbankan gajinya di Bubblebee kerana mahu memajukan syarikat itu.

“Saya bukan buat Bubblebee je, saya buat kerja sampingan yang lain. Saya bangun pukul 4 pagi sebagai seorang penyampai radio.”

“Alhamdulillah, saya juga menjadi duta beberapa produk. Maksudnya, sumber kewangan saya turut datang daripada sumber lain.”

“Kalaulah hari ini saya boleh berkongsi sedikit. Namun saya bimbang orang akan cakap ‘ala dia ni poyo la’.”

“[Sebenarnya] saya dah setahun tak ada gaji dekat Bubblebee. Setahun saya buat marketing pecara percuma di Bubblebee.”

“Tetapi kenapa? Sebab saya adalah pemilik Bubblebee.Saya kena berjuang habis habisan untuk Bubblebee.”

“Jika ada yang mengaitkan dengan kemewahan saya. Tak ada la mewah sangat, tak ada lah mewah sangat pun, biasa biasa je pun. Ya Allah Ya Tuhanku.”

“Tetapi ada rezeki daripada lain yang saya dapat. Dan ada juga sebenarnya rezeki daripada tempat lain yang saya bawa masuk [suntik dana ke dalam] Bubblebee, hanya untuk melihat Bubblebee ini bergerak.”

Shuib mendedahkan bahawa jumlah wang hasil pendapatannya dari tempat lain yang dia bawa masuk untuk menggerakkan Bubblebee setakat ini hampir mencecah 7 angka.

“Kenapa? Saya nak pekerja pekerja saya gembira, ada gaji. Walaupun keadaan kita agak tidak baik, tetapi kita mahu memastikan korang ada gaji dan ada kehidupan.”

Shuib kemudian menegaskan, apa yang pertontonkan di media sosial kepada umum adalah sekadar konten yang berbayar. Di mana dia menerima bayaran untuk mempromosikan sesuatu produk, perkhidmatan atau tempat percutian mewah.

“Jadi, saya hairan, bermewah mewah macam mana yang mereka maksudkan? Tak ada bermewah mewah, kalau pergi jalan, menjalani penggambaran, pergi berjalan jalan dan reviu tempat yang mahal mahal – itu secara percuma – orang yang bayar saya.”

“Jadi saya pun berfikir, mewah yang macamana?”

Shuib sempat berseloroh bahawa, wajahnya sendiri jelas menunjukkan dia bukan artis T20.

“Janganlah cakap saya bermewah mewah lagi, biasa biasa je, muka saya pun miskin. Bukannya muka orang orang yang T20, muka orang awam sahaja.”

“Kecaman demi kecaman diterima, tetapi alhamdulillah, ini semua rezeki Allah, kuasa Allah, kita punya jualan stabil dan makin naik.”

“Mungkin apabila kita menganggap itu kecaman yang positif, maka Allah berikan sesuatu untuk kita.”

“Saya sentiasa berpegang [pada prinsip], selagi lagi kita tidak buat salah atau menganiayai orang lain, InsyaAllah, maka Allah akan mudahkan.”

“Kesilapan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Ada silap, kita kena betulkan. Kena buat penamabahbaikan. Itu jalan dan cerita dia. Jangan selepas kita buat silap kita pula yang melenting tak tentu arah dan anggap orang nak jatuhkan kita. Tetapi kesilapan itu kita tak betulkan.”

“Kita nak memperbetulkan segala keadaan kerana mahu mengorak langkah ke hadapan. Kita tak nak orang tarik kita, menyukarkan kita, itu kita tak nak. Kita nak mudahkan.”

Shuib akui lega kerana isu caruman KWSP 300 orang pekerja yang tertunggak sebelum ini sudah pun selesai. Di mana kesemua yang terkesan sudah diberikan e-mail dan memo makluman tentang perkara itu.

Dia benar benar menganggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran berguna kepadanya.