Adakah anda pernah berdepan dengan situasi dimana anda beratur di pasaraya untuk membuat pembayaran tetapi apabila sudah hampir ke giliran anda, tiba-tiba kaunter tutup.

Sebuah video tular di media memaparkan satu insiden di sebuah pasaraya dimana seorang pelanggan marah dan tidak puas hati dengan juruwang. Video yang dirakam oleh pelanggan itu telah dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial lain.

Baca Juga:

https://www.instagram.com/reel/Cm3St61oCwg/

Menerusi video tersebut, lelaki tersebut dilihat cuba memprovokasi juruwang tersebut selepas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan juruwang itu mengatakan bahawa kaunter ditutup. Tidak dapat menahan sabar, juruwang itu bertindak bertukar kaunter dengan juruwang lain.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen persoalkan motif perakam kerana hal itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu berlakunya insiden ini.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan mungkin pelanggan itu tidak nampak tanda yang diletakkan dan mengatakan bahawa juruwang itu mungkin penat serta sudah habis syif, mahu tutup kaunter.

Malah, rata-rata netizen bersetuju kedua-dua pihak bersalah tetapi tidak perlu menimbulkan kekecohan seperti itu kerana menimbulkan rasa tidak senang kepada pelanggan lain. Pelanggan tersebut tidak sepatutnya membuat provokasi seperti itu.