Restoran makanan segera McDonald’s di seluruh Sri Lanka diarah tutup selepas gergasi makanan segera AS itu melancarkan tuntutan mahkamah dengan pemegang francais Sri Lanka atas dakwaan pengotor, kata pegawai mahkamah.

Menurut laporan The Star, Mahkamah Komersial Tinggi Colombo memerintahkan penutupan itu sehingga 4 April, selepas syarikat induk itu menuduh francaisi tempatan gagal memenuhi piawaian kebersihan antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Penutupan itu diarahkan sementara menunggu siasatan,” kata seorang pegawai mahkamah.

Beliau berkata peguam McDonald’s memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menamatkan perjanjian francais mereka dengan syarikat tempatan Abans minggu lepas.

Tiada ulasan segera daripada McDonald’s atau Abans, yang telah memegang francais dengan 12 cawangan sejak jenama itu memasuki Sri Lanka pada 1998.

Sumber