Pendakwah bebas dan kontroversi, Da’i Syed sah menjadi tunangan pengacara televisyen Al Hijrah, Hana Ismail.
Salah seorang tetamu dalam majlis tersebut, pelakon, Datin Seri Umie Aida berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
Menerusi video dan gambar di Instagram Umie Aida itu, dia berkongsikan kemeriahan semasa majlis itu berlangsung yang dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat.
Dalam pada itu, Da’i Syed turut berkongsikan gambar dengan kapsyen Instagram storynya agar semuanya dipermudahkan untuk dirinya dan tunangannya, Hana Ismail.
Menjengah ke ruangan komen Instagram Hana, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dengan pertunangannya bersama Da’i Syed itu.
Da’i Syed sebelum ini pernah memaklumkan dia sedang mengenali hati budi Hana dan bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.