Sejak kebelakangan ini, nama pelawak Shuk Sahar sepi di dunia hiburan disebabkan kontroversi tentang krisis rumah tangga dan isu curang dengan isterinya dahulu.

Susulan perkara itu, ramai netizen mengecamnya dan Hot FM turut menamatkan kontraknya pada Februari tahun lalu. Terbaharu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar sekali lagi telah menarik perhatian orang ramai apabila berkongsi foto bersama bekas isteri, Rossa Sera di Instagram miliknya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CnK8CujDbx0/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/CnLJYJAupCQ/

Menerusi perkongsian itu, kelihatan Shuk dan Rossa Sera sedang berada di Mekkah bagi menunaikan ibadah umrah bersama. Bahkan, Rossa Sera turut memuat naik rakaman video di akaun TikTok yang menampilkan Shuk di dalam video tersebut seolah-olah memaklumkan mereka sudah kembali berdamai.

@rossa.sera

Doakan kami berdua💜 #fyp #rossasera #shuksahar

♬ Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevee wuaten

Menurut video TikToknya itu, dia berharap orang ramai mendoakan mereka supaya dapat umrah mabrur dan dapat memperbaiki diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Shuk kerana tidak ego dan para netizen juga mendoakan supaya Shuk benar-benar berubah menjadi lebih baik kali ini serta status hubungan mereka menjadi persoalan.

Untuk makluman, Shuk dan isterinya pernah menggemparkan industri hiburan tanahair kerana kecurangan Shuk dengan beberapa siri yang mengalahkan siri di Netflix.