Hari ini, rakyat Malaysia yang tinggal atau berasal dari 6 negeri ini iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan melaksanakan tanggungjawab mereka sempena PRN Negeri atau Pilihan Raya Negeri 2023.
Jika anda sudah menjalankan tanggungjawab anda untuk mengundi, ini beberapa promosi makanan yang anda boleh tebus dengan hanya menunjukkan jari anda.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
1. Starbucks
Promosi harga 50% untuk air kedua dengan pembelian air pertama sepanjang hari.
2. Tealive
Promosi PRN 6 negeri dengan 6 pilihan minuman berharga RM 6.00 sehingga esok, 13 Ogos 2023.
3. A&W Malaysia
Promosi untuk pengundi atau bukan pengundi, A&W belanja semua Root Beer Regular dengan harga RM1 sepanjang hari ini.
4. Burger King
Tunjuk jari berdakwat dan dapat percuma Coca Cola.
5. Boat Noodle
Promosi satu undian, anda dapat satu mangkuk boat noodle percuma.
6. Pizza Hut
Beli Regular Cola Pizza dan percuma satu pizza bersaiz besar!
Tunggu apa lagi? Jom ajak rakan dan keluarga anda untuk tebus kesemua promosi makanan ini sekarang sebelum promosi ini tamat.