Seorang pelancong luar menyifatkan Semporna, Sabah sebagai mengejutkan kerana kekotorannya, menjadikannya antara bandar paling kotor yang pernah beliau lawati.
Tahap kebersihan yang mengecewakan di lokasi pelancongan utama telah dirakam dan dikongsikan di TikTok oleh @backpacker_ben, yang jelas tidak gembira dengan keadaan tersebut.
“Ini adalah jeti yang pelancong akan mulakan perjalanan mereka. Saya tak mahu bayangkan bagaimana keadaan tempat kita akan pergi nanti. Ini lima tempat terkotor pernah saya pergi” katanya.
Beliau berkongsi bahawa beliau terpaksa menyimpan botol kosong selama lebih sejam kerana kekurangan tong sampah berdekatan dan menolak untuk membuang sampah merata.
Di dalam video kelihatan sampah-sarap dibiarkan bersepah di kawasan air sekaligus menghasilkan warna yang gelap dan dia mendakwa mempunyai bau yang sangat busuk.
@backpacker_ben Asia’s Dirtiest town! 🇲🇾 #fyp #travel #malaysia #semporna #traveltiktok
Video tersebut telah menarik perhatian orang ramai, di mana banyak pihak menuntut tindakan segera diambil untuk membersihkan kawasan tersebut.
“Tahukah anda bahawa punca masalah di sana adalah daripada pendatang tanpa izin dari Filipina?”
“Vibes kat situ macam dekat indonesia dan Philippine”
“Kawasan itu kebanyakannya didiami oleh pendatang tanpa izin; mereka tidak akan ambil peduli,” demikian antara luahan warga tempatan berkenaan isu terbabit.
Netizen tempatan turut menafikan rakyat tempatan yan melakukan perkara itu sebaliknya ia dibuat oleh warga asing yang tinggap di situ.