Dari rakaman permainan komputer sehinggalah ke video membuka dan memasang alat permainan, 10 Youtubers ini telah mencipta pendapatan sendiri yang mustahil untuk dilakukan 10 tahun dahulu. Dengan jumlah pengikut yang ramai, ada di antara Youtubers ini telah mencapai status jutawan. Ini adalah Top 3 Youtubers di dalam dunia:
3. Smosh
Smosh berada di tempat ketiga, dengan nilai pendapatan bersih kira-kira USD$5.7 juta sehingga USD$7.5 juta. Smosh dibintangi oleh Anthony Padilla dan Ian Andrew Hecox yang menayangkan video pelik, aneh dan lucu. Kebanyakannya adalah berkisarkan aksi “nerdy” ataupun permainan komputer. Saluran mereka adalah salah satu saluran yang paling banyak dilanggan di YouTube. Ia satu pencapaian yang sangat hebat memandangkan mereka baru berusia 26 tahun.
2. DisneyCollectorBR
DisneyCollectorBR adalah saluran untuk peminat alat permainan dengan aktiviti utamanya adalah membuka, memasang dan bermain alat permainan terbaru. DisneyCollectorBR dipercayai dikendalikan oleh seorang wanita berbangsa Brazil yang tinggal di Amerika Syarikat, dan tidak pernah mendedahkan dirinya kepada pihak umum. Dengan suara yang lembut, saluran ini dipercayai bernilai 5 hingga 11 juta dollar, dengan dua di antara video beliau telah mencecah 2.6 billion view.
1. PewDiePie
Berada di tempat pertama, saluran PewDiePie dipercayai berharga 7 hingga 11 juta USD. Nama sebenar beliau ialah Felix Arvid Ulf Kjellberg, berasal dari Sweden. Felix menjadi terkenal disebabkan komen lucunya terhadap permainan video dan siri tentang amnesia akibat permainan video.
Tonton senarai penuh 10 Youtubers paling berjaya di bawah:
Ada yang nak jadi Youtuber?
BACA JUGA: 7 Youtubers Berbahasa Melayu Yang Menggeletek Hati Rakyat Malaysia