Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon kali ini hanya memilih 24 pemain bagi menghadapi perlawanan ketiga kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada 22 Mac dan 26 Mac ini.

Lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Dion Cools dari Buriram United telah melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada Jumaat, 15 Mac 2024.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berikut senarai 24 pemain yang dipilih menghadapi Oman dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026:

Penjaga Gol

  1. Syihan Hazmi
  2. Azri Ghani
  3. Suhaimi Husin

Pertahanan

  1. Dion Cools
  2. Harith Haiqal
  3. Sharul Nazeem
  4. Dominic Tan
  5. Shahrul Saad
  6. Corbin Ong
  7. Daniel Ting
  8. Azam Azmi

Tengah

  1. Brendan Gan
  2. Stuart Wilkin
  3. Syamer Kutty
  4. Mukhairi Ajmal
  5. Paulo Josue
  6. Endrick Dos Santos
  7. Nooa Laine

Serangan

  1. Faisal Halim
  2. Arif Aiman
  3. Safawi Rasid
  4. Akhyar Rashid
  5. Romel Morales
  6. Darren Lok

Sementara dua pemain, Matthew Davies dan Junior Eldstal tidak melapor diri selepas JDT menerusi satu surat rasmi memaklumkan bahawa kedua-dua mereka telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac 2024.

Justeru JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut.

Dengan ketiadaan Matthew dan Junior, skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan.

Daripada 31 pemain tersebut, seramai tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, bulan depan.