Umat Islam yang memenuhi syarat diwajibkan menunaikan zakat fitrah sebagai lambang penyucian diri dari kekurangan dan penyempurna ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.

Kadar zakat fitrah pada setiap tahun telah ditetapkan oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri berdasarkan harga beras semasa yang menjadi makanan ruji majoriti penduduk di negeri masing-masing.

Sehubungan itu, kadar yang dikenakan adalah berbeza mengikut negeri dan turut mengambil kira jenis beras yang biasa dimakan oleh pembayar zakat.

Hikmah zakat fitrah sangat besar. Bukan sekadar berkaitan menunaikan kewajipan tetapi juga membantu insan yang memerlukan.

Berikut merupakan senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2026M/1447H  di seluruh Malaysia:

Zakat Fitrah Malaysia 2026M/1447H

1) Perlis 

Semua jenis beras – RM9

2) Kedah 

Beras tempatan – RM9

Beras import – RM15

Beras Basmathi – RM23

3) Pulau Pinang

Beras putih import, Thai dan setara – RM10

Beras rebus, perang dan setara – RM15

Beras pulut, wangi, basmathi dan setara – RM25

4) Perak

Beras super spesial tempatan dan import – RM10

Beras perang, wangi, herba ponni dan rebus  – RM16

Beras basmathi, pulut, jepun dan merah – RM25

5) Selangor 

Beras super spesial tempatan dan import – RM8

Beras perang, wangi, herba ponni dan rebus  – RM16

Beras basmathi, pulut, jepun dan merah – RM25

6) Wilayah Persekutuan 

Beras super tempatan – RM8

Beras super import – RM15

Beras basmathi dan setara – RM25

6) Negeri Sembilan

Beras super spesial tempatan – RM7.50

Beras super import, super wangi dan herba ponni – RM12

Beras basmathi – RM20

7) Melaka 

Beras super spesial tempatan – RM8

Beras super spesial import – RM15

Beras basmathi – RM22

8) Johor 

Beras super spesial tempatan, rebus, hancur dan perang – RM8

Beras super spesial import dan setara – RM10

Beras basmathi dan super wangi – RM20

9) Pahang 

Beras tempatan – RM8

Beras import dan setara – RM14

Beras basmathi dan setara – RM21

10) Terengganu

Tidak kurang RM10

Beras basmathi dan setara – RM20

11) Kelantan

Minimum – RM10

Berkemampuan dan digalakkan – RM22

12) Sabah

Beras putih import – RM7.50

Beras wangi – RM15

13) Sarawak

Semua jenis beras – RM7.50