Sebanyak 24 pasukan akan bertanding dalam saingan ACL Elite bagi edisi 2025-2026 selepas tamatnya aksi peringkat playoff baru-baru ini.

Seperti lazimnya, saingan akan dibahagikan kepada dua dua wilayah iaitu Barat dan juga Timur.

Baca Juga:

Senarai Lengkap Kelab Di ACL Elite 2025-2026

Saingan wilayah Barat menyaksikan kelab dari Arab Saudi, UAE, Qatar, Uzbekistan dan Iran akan berentap bagi merebut slot ke peringkat seterusnya.

Antara kelab di wilayah Barat ialah Al-Ahli, Al-Hilal, Al-Ittihad (Arab Saudi), Al-Duhail, Al-Gharafa, Al-Sadd (Qatar), Al-Shorta (Iraq), Nasaf (Uzbekistan), Tractor (Iran), Al-Wahda, Shabab Al Ahli dan Sharjah (UAE).

ACL Elite
Al-Hilal. Kredit Foto: Chandan Khanna / AFP

Bagi wilayah Timur akan diwarnai oleh kelab dari Jepun, Korea, Australia, Malaysia, Thailand dan China.

Kelab yang beraksi di wilayah Timur ialah Chengdu Rongcheng, Shanghai Port, Shanghai Shenhua (China), FC Seoul, Gangwon FC, Ulsan HD (Korea), Vissel Kobe, Machida Zelvia, Sanfrecce Hiroshima (Jepun), Johor Darul Ta’zim (Malaysia), Buriram United (Thailand) dan Melbourne City (Australia).

ACL Elite
Kredit Foto: Buriram United

Perlawanan akhir bagi saingan edisi kali ini akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Pemenang kejohanan akan layak ke Piala Antara Benua FIFA 2026 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2029. Selain itu, pemenang akan mendapat slot automatik dalam edisi 2026-2027.