Kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24 sudah memasuki saingan suku akhir apabila lapan pasukan telah mengesahkan kemaraan mereka.
Daripada lapan kelab tersebut, tiga daripanya merupakan kelab gergasi Arab Saudi manakala dua pasukan Korea Selatan serta masing-masing satu dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun dan China.
Baca Juga:
- ACL 2023/24: JDT Tamatkan Kempen Atasi BG Pathum
- ACL 2023/24: JDT Gagal Kutip Mata Berdepan Kawasaki Frontale
- Analisis Vocket: JDT Lemas Dalam Fluiditi Kawasaki Frontale
Al Hilal yang merupakan juara terbanyak dalam sejarah kejohanan ACL dengan empat kejuaraan dimenangi akan bertemu juara dua kali serta musuh di saingan Liga Arab Saudi iaitu Al Ittihad.
Pendahulu Saudi League Pro itu menewaskan wakil Iran, 6-2 menerusi agregat manakala Al Ittihad pula menang 2-1 ke atas Navbahor dari Uzbekistan.
Satu lagi aksi suku akhir bagi wilayah Barat bakal menemukan Al Nassr dan Al Ain dari UAE.
Al Nassr yang cukup sinonim dengan Cristiano Ronaldo itu tidak berdepan masalah menundukkan Al Fayha 3-0, juga dari Arab Saudi dan Al Ain pula menang 2-1 ke atas FC Nasaf Qarshi (Uzbekistan).
Sementara itu aksi sudut akhir wilayah Timur pula bakal menemukan dua wakil Korea Selatan iaitu Jeonbuk Hyundai Motors dan Ulsan Hyundai.
Juara dua kali, Jeonbuk Hyundai menewaskan Pohang Steelers 3-1 manakala Ulsan Hyundai yang muncul juara pada 2012 pula mudah mengatasi Ventforet Kofu dari Jepun 5-1.
Sementara itu, Shandong Taishan akan bertemu Yokohama F. Marinos dimana mereka menewaskan Kawasaki Frontale 6-5 pada aksi pusingan 16.
Yokohama F. Marinos pula berhempas-pulas sebelum dapat menundukkan wakil tunggal Asia Tenggara (ASEAN), Bangkok United 3-2.
Jadual perlawanan suku akhir ACL 2023/24
1) Jeonbuk Hyundai Motors lawan Ulsan Hyundai
2) Shandong Taishan lawan Yokohama F. Marinos
3) Al Ain lawan Al Nassr
4) Al-Hilal lawan Al-Ittihad