Misi pemain negara dalam memburu kejayaan di pentas badminton antarabangsa akan bermula 25 Februari ini dalam Terbuka Jerman 2025.
Melihatkan kepada jadual perlawanan yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), tiada nama-nama besar dalam kalangan pemain senior Malaysia akan beraksi.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2025
- Atlet Olimpik Jerman Digugurkan Selepas Mengadu Tak Dapat Berlari Bersama Teman Lelaki
- UEFA Sahkan Marc Cucurella Handball Dan Jerman Patut Dapat Penalti
12 wakil negara akan berjuang dengan sandaran di sektor perseorangan lelaki diletakkan kepada Justin Hoh dan Cheam June Wei.
K. Letshanaa pula menjadi wakil tunggal di undian utama di mana S. Kisona perlu terlebih dahulu mengharungi pusingan kelayakan dalam perseorangan wanita.
Beregu lelaki menyaksikan wakil paling ramai buat kem negara dengan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mengetuai cabaran lima wakil negara.
Sementara itu gandingan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menjadi satu-satunya wakil negara dalam acara beregu wanita dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pula bagi beregu campuran.
Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia dalam kejohanan badminton yang berstatus Super 300 itu:
Perseorangan Lelaki
Justin Hoh
Cheam June Wei
Perseorangan Wanita
K. Letshanaa
S. Kisona – Kelayakan
Beregu Lelaki
Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
Junaidi Arif-Yap Roy King
Low Hang Yee-Ng Eng Cheong
Kang Khai Xing-Aaron Tai
Chia Wei Jie-Lwi Sheng Hao – Kelayakan
Beregu Wanita
Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
Beregu Campuran
Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin