Selepas perjalanan kem negara berakhir di suku akhir Kejohanan Terbuka Jerman, kini tumpuan beralih pula ke Perancis untuk Orleans Masters 2025 bermula Selasa nanti.

Orleans Masters 2025 merupakan kejohanan berstatus Super 300 dan menyaksikan pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia kembali turun beraksi selepas berehat hampir 11 minggu.

Baca Juga:

Zii Jia diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan terpaksa berehat ekoran kecederaan yang dialami ketika aksi terakhir peringkat kumpulan di BWF World Tour Finals 2024.

Selain itu pasangan nombor dua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut beraksi bersama-sama Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Junaidi Arif-Yap Roy King.

Dua lagi sandaran negara yang berada di ranking atasan dunia iaitu Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga turut terbang ke Perancis bagi menyertai kejohanan ini.

Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai Orleans Masters 2025:

Orleans Masters 2025

Perseorangan Lelaki

1) Lee Zii Jia

2) Cheam June Wei – Kelayakan

3) Justin Hoh – Kelayakan

Perseorangan Wanita

1) K. Letshanaa – Kelayakan

Beregu LelakiĀ 

1) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

2) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

3) Arif Junaidi-Yap Roy King

4) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

5) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong

6) Kang Khai Xing-Aaron Tai – Kelayakan

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

Beregu CampuranĀ 

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

2) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

3) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien