Berakhirnya Terbuka Singapura, pencinta badminton tanah air bakal disajikan pula dengan aksi menarik dalam Kejohanan Terbuka Indonesia 2025 yang akan berlangsung 3 hingga 8 Jun nanti.
Terbuka Indonesia yang bakal diadakan di Istora Senayan, Jakarta itu merupakan kejohanan berstatus Super 1000 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Baca Juga:
- Senarai Terkini 2025: Jurulatih Badminton Malaysia Yang Sedang Berbakti Di Luar Negara
- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton
- Sorakan Peminat Badminton Malaysia Di Axiata Arena Paling Riuh

Dengan status paling berprestij itu, ia pasti menarik kehadiran pemain-pemain terbaik dunia dalam usaha merebut kejuaraan.
Kem Malaysia yang mengecapi kejayaan pada tiga kejohanan berturut-turut menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tidak ketinggalan menghantar pemain terbaik ke kejohanan tersebut.
Selain dua juara tersebut, lima lagi pasangan beregu negara akan turut beraksi nanti dengan penyertaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Arif Junaidi-Yap Roy King, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

Sementara itu, Leong Jun Hao masih menjadi wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki.
Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai Terbuka Indonesia 2025:
Wakil Malaysia Di Terbuka Indonesia 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
Perseorangan Wanita
2) Goh Jin Wei
Beregu Lelaki
3) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
4) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
5) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
6) Arif Junaidi-Yap Roy King
7) Choong Hon Jian-Haikal Nazri
8) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
9) Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
Beregu Wanita
10) Pearly Tan-M. Thinaah
11) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
12) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran
13) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
14) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
15) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien