Kejohanan Badminton All England edisi 2025 bakal bermula 11 Mac ini yang menarik kehadiran barisan pemain-pemain terbaik dunia untuk berentap di Utilita Arena Birmingham.

All England bukan sahaja merupakan kejohanan badminton tertua di dunia, tetapi juga menjadi salah satu pertandingan yang paling berprestij.

Baca Juga:

Dengan sejarah yang bermula sejak 1899, kejohanan ini terus menjadi medan bagi atlet terbaik dunia untuk menguji kebolehan mereka dalam kesemua lima acara dipertandingkan.

All England
Kredit Foto: Victor Malaysia

Sudah menjadi impian kesemua pemain untuk mengungguli saingan All England dan ia tidak terkecuali buat pemain Malaysia.

Lee Zii Jia menjadi wakil terakhir Malaysia yang muncul juara pada edisi 2021 selepas beliau membenam cabaran Viktor Axelsen di perlawanan akhir.

Dalam usaha untuk mengulangi pencapaian tersebut kali ini, harapan kem Malaysia disandarkan kepada 14 wakil dimana gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan.

Satu lagi pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula merupakan pilihan kedua, kedudukan yang sama seperti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam beregu lelaki.

Status Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin bagaimanapun menjadi tanda tanya selepas Aaron dan Su Yin mengalami kecederaan ketika saingan Orleans Masters.

All England
Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie. Kredit Foto: Victor Malaysia

Aaron dikatakan mengalami kecederaan bahu ketika tewas pada pusingan pertama manakala Su Yin pula terjatuh tangga selepas menang di pusingan 16.

Bagaimanapun, nama dua pasangan tersebut masih ada dalam undian pusingan pertama kejohanan berstatus Super 1000 itu.

Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai All England 2025:

All England 2025

Perseorangan lelakiĀ 

1) Lee Zii Jia (7)

2) Leong Jun Hao

Beregu Lelaki

3) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (2)

4) Aaron Chia-Soh Wooi Yik (5)

5) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

6) Arif Junaidi-Yap Roy King

7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

8) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

Beregu Wanita

9) Pearly Tan-M. Thinaah (5)

Beregu Campuran

10) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (1)

11) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (2)

12) Ho Pang Ron-Cheng Su Yin

13) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing

14) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien