Selepas berehat hampir dua minggu, barisan pemain utama negara akan menghadapi Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 yang berlangsung di Ningbo, China,
Kejohanan yang bakal bermula 8 April itu menampilkan pemain-pemain terbaik dunia seperti Shi Yu Qi, Kunlavut Vitidsarn, Chen Yu Fei, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dan ramai lagi.
Baca Juga:
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Ke-14, 1 April 2025)
- Rashid Sidek: Tindakan Liew Daren & Jerry Mengecewakan, Cemarkan Imej Badminton Malaysia
- Dakwaan Penipuan Wang Libatkan Jurulatih Badminton Dari Malaysia, Mangsa Tampil Dedah Bukti
Walaupun kejohanan serantau ini dikendalikan oleh Badminton Asia, mata ranking yang diberikan adalah sama seperti BWF World Tour Super 1000.
Melihatkan kepada perkembangan terkini, Lee Zii Jia tidak dapat beraksi kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan yang dialaminya ketika All England tempoh hari.
Pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang dipisahkan ekoran masalah dalaman juga pastinya terlepas peluang untuk beraksi.
Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai Kejohanan Badminton Asia 2025:
Wakil Malaysia Di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
2) Ng Tze Yong
3) Justin Hoh – Kelayakan
Perseorangan Wanita
4) Goh Jin Wei
5) K. Letshanaa – Kelayakan
6) Wong Ling Ching – Kelayakan
Beregu Lelaki
7) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
8) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
9) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
10) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
Beregu Wanita
11) Pearly Tan-M. Thinaah
12) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
13) Ong Xin Yee-Carmen Ting
14) Lee Zhi Qing-Sue Xin Tio
Beregu Campuran
16) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
17) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
18) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
19) Yap Roy King-Valeree Siow