Selepas hampa dalam saingan All England tempoh hari, tumpuan skuad badminton negara beralih ke kejohanan Terbuka Swiss yang akan bermula esok.
Dapat disaksikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merehatkan kesemua nama-nama besar di ranking teratas dunia yang beraksi di All England.
Baca Juga:
- Ini Nasihat Rashid Sidek Buat Lee Zii Jia
- Ini Senarai Jurulatih Badminton Malaysia Yang Sedang Berbakti Di Luar Negara
- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton
Dapat disaksikan harapan disandarkan buat Leong Jun Hao dan Justin Hoh dalam acara perseorangan lelaki.

Namun, pemain-pemain yang bergerak secara profesional seperti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie meneruskan misi memburu kejuaraan.
Malah pasangan suami isteri itu juga merupakan juara bertahan selepas mereka menundukkan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada aksi final.
Dalam perkembangan lain pada mulanya, Lee Zii Jia turut akan beraksi dalam kejohanan ini, tetapi kecederaan yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan beliau terpaksa menarik diri.
Terbuka Swiss 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang berstatus Super 300.
Berikut merupakan barisan pemain negara yang beraksi dalam Terbuka Swiss 2025:
Terbuka Swiss 2025

Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
2) Justin Hoh – Kelayakan
3) Tan Jia Jie – Kelayakan
Perseorangan Wanita
4) Goh Jin Wei
5) S. Kisona – Kelayakan
Beregu Lelaki
6) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
7) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
8) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu Campuran
9) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
10) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien