Saingan Malaysia Masters 2025 bakal bermula pada jam 10.00 pagi nanti di Axiata Arena, Bukit Jalil dimana aksi kelayakan akan diadakan terlebih dahulu.
Kem negara pastinya mahu meneruskan kejayaan selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah muncul juara pada hujung minggu lalu di Terbuka Thailand 2025.
Baca Juga:
- Malaysia Masters 2025: Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain
- Senarai Terkini 2025: Jurulatih Badminton Malaysia Yang Sedang Berbakti Di Luar Negara
- Ini Tugasan Baharu Lee Wan Wah Bersama Skuad Badminton Jepun
Tambahan pula barisan pemain negara bakal mendapat sokongan padu puluhan ribu peminat setia yang akan membanjiri stadium bermula hari ini.
Edisi tahun lalu menyaksikan pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berjaya melakar kejayaan muncul juara acara beregu campuran selepas menundukkan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.
Manakala Lee Zii Jia pula meraih kedudukan naib juara setelah tewas kepada bintang Denmark, Viktor Axelsen.
Pada kejohanan tahun ini, Malaysia membariskan sebahagian besar pemain dalam kalangan kedudukan terbaik untuk memburu kejuaraan di laman sendiri.
Berikut merupakan senarai penuh pemain negara yang menyertai Kejohanan Malaysia Masters 2025:
Pemain Negara Di Malaysia Masters 2025
Perseorangan Lelaki
1) Kok Jing Hong – Kelayakan
2) Aidil Sholeh Ali Sadikin – Kelayakan
3) Tan Jia Jie – Kelayakan
4) Leong Jun Hao
5) Justin Hoh
6) Ng Tze Yong
Perseorangan Wanita
7) Goh Jin Wei
8) K. Letshanaa
Beregu Lelaki
9) Chia Weijie-Lwi Sheng Hao – Kelayakan
10) Kang Khai Xing-Aaron Tai – Kelayakan
11) Bryan Jeremy Goonting-Fazriq Mohamad Razif – Kelayakan
12) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
13) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
14) Man Wei Choong-Tee Kai Wun
15) Junaidi Arif-Yap Roy King
16) Choong Hon Jian-Haikal Nazri
17) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
18) Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
19) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong
Beregu Wanita
20) Ho Lo Ee-Amanda Yap – Kelayakan
21) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – Kelayakan
22) Pearly Tan-M. Thinaah
23) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
24) Ong Xin Yee-Carmen Ting
Beregu Campuran
25) Too Ming Yap-Lee Yu Shan – Kelayakan
26) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
27) Chen Tang Jie-Chan Wen Tse
28) Loo Bing Kun-Toh Ee Wei
29) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien