11 daripada 18 wakil Malaysia yang beraksi di pusingan pertama Indonesia Masters 2025 berjaya melangkah ke peringkat seterusnya yang akan berlangsung pagi esok.
Beregu lelaki menyaksikan sektor paling ramai buat wakil Malaysia apabila lima pasangan negara meneruskan kemaraan dalam aksi yang bertempat di Istora Senayan, Jakarta itu.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Badminton Malaysia Yang Sertai Indonesia Masters 2025
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Indonesia Masters 2025
- Ini Pemain Badminton Yang Menerima Hadiah Keseluruhan Tertinggi Pada 2024
Sementara itu, beregu campuran pula dengan tiga wakil dan dua pasangan beregu wanita turut mengiringi rakan-rakan sepasukan mereka.
Pemain perseorangan wanita, K. Letshanaa turut menceriakan kem negara dengan kejayaannya menundukkan wakil Ukraine, Polina Buhrova dalam aksi ‘rubber set’.
Perseorangan lelaki menjadi satu-satunya sektor yang tidak berjaya meneruskan perjalanan selepas wakil tunggal, Leong Jun Hao tewas kepada Weng Hong Yang.
Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia yang mara ke pusingan kedua (pusingan 16) Indonesia Masters 2025:
Perseorangan Wanita
1) K. Letshanaa tewaskan Polina Buhrova (Ukraine)
Beregu Lelaki
2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewaskan William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer (Denmark)
3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewaskan Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun (China)
4) Arif Junaidi-Yap Roy King tewaskan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan (Chinese Taipei)
5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong tewaskan Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana (Indonesia)
6) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong tewaskan Rahmat Hidayat-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan (Indonesia)
Beregu Wanita
7) Pearly Tan-M. Thinaah tewaskan Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan (Chinese Taipei)
8) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewaskan Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui (Chinese Taipei)
Beregu Campuran
9) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewaskan Julien Maio-Lea Palermo (Perancis)
10) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewaskan Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti (Indonesia)
11) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tewaskan Lui Chun Wai-Fu Chi Yan (Hong Kong)