Lapan wakil negara beraksi cemerlang untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir Indonesia Masters 2025 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.
Beregu kedua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil pertama mengesahkan kemaraan dengan kemenangan dicatatkan ke atas Lu Ming Che-Tang Kai Wei 21-16, 21-16.

Baca Juga:
- Info Siaran Langsung Indonesia Masters 2025
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Indonesia Masters 2025
- Hendra Setiawan Umum Bakal Bersara Selepas Tamat Indonesia Masters 2025

Pasangan pilihan utama kejohanan dalam beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengenepikan cabaran hebat wakil tuan rumah, Hidayatullah Jafar-Felisha Pasaribu untuk menang 24-22 21-14.
Kemaraan itu turut diiringi pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang menundukkan satu lagi gandingan dari Indonesia, Faza Marwan-Aisyah Pranata 21-16 21-9.
Tidak mahu ketinggalan untuk ke suku akhir, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin bangkit daripada kekalahan pada set pertama untuk menewaskan Druv Kapila-Tanisha Crasto dari India 18-21 21-15 21-19.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula menyerap tekanan dengan baik untuk mencatatkan kemenangan ke atas pasangan kembar dari Chinese Taipei, Lee Fang Chih- Lee Fang Jen 23-21,21-13.
Sementara itu, gandingan Wan Arif Junaidi-Yap Roy King menewaskan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan menerusi ‘straight set’ 21-13, 21-14.

Ia juga merupakan aksi terakhir buat legenda Indonesia itu apabila mereka sebelum ini telah mengumumkan akan bersara sebaik sahaja kejohanan Indonesia Masters 2025 berakhir.
Manakala Pearly Tan-M. Thinaah melayakkan diri selepas membenam cabaran Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh 21-19 21-16 dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing pula mempamerkan aksi kental untuk menewaskan Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa dari India 13-21, 24-22, 21-18.
Tiga lagi wakil negara yang beraksi di pusingan kedua iaitu K. Letshanaa, Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong tersingkir daripada persaingan.
Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia yang mara ke peringkat suku akhir Indonesia Masters 2025:
Suku Akhir Indonesia Masters 2024
Beregu Lelaki
1) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
2) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
3) Arif Junaidi-Yap Roy King
Beregu Wanita
4) Pearly Tan-M. Thinaah
5) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

Beregu Campuran
6) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
7) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
8) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin