Seperti ramai umat Islam sedia maklum, agama melarang umat Islam berpakaian dan berhias seakan wanita. Selain itu, aksesori seperti rantai leher antara yang diharamkan untuk kaum lelaki memakainya.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna TikTok @jttstoremy mengakui rantai yang dipakainya adalah haram dipakai kaum lelaki dalam menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan aksesori yang dipakai pada lehernya adalah tasbih atau rantai.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
@
Lebih mengejutkan ramai, beliau turut memilih untuk memakai rantai tersebut bagi tujuan marketing khusus buat golongan wanita dan juga mereka yang beragama Islam.
‘Marketing’ yang dilakukan sekaligus membuatkan para netizen bingung sekaligus mengundang kepada pelbagai pertikaian daripada netizen. Terdapat netizen yang memaklumkan tindakan dilakukan tidak menghalalkan cara. Malah, terdapat juga netizen yang menolak tindakan memakai aksesori yang haram bagi tujuan yang marketing.
Selain itu, terdapat seorang netizen yang mempertikaikan tujuan beliau respon pada persoalan yang diajukan pada bulan 10 tahun lalu semata-mata memaklumkan ‘tujuan’ beliau memakai rantai.
Diharap isu seperti ini tidak lagi menjadi contoh dan ikutan dalam usaha membendung bad marketing terus menjadi pilihan segelintir menjual dalam melariskan jualan.