Seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa beliau di Instagram di atas insiden perkauman yang melibatkan seorang pemandu Grab baru-baru ini.

Thivashini Rajamanickam, mangsa yang mengalami pengalaman yang mendukacitakan ini telah menempah perjalanan melalui aplikasi Grab dari Kuala Lumpur ke Stesen LRT Asia Jaya.

Baca Juga:

Semasa sedang menunggu kehadiran pemandu, beliau menerima pesanan ringkas pada jam 10:40 malam daripada pemandu tersebut, di mana pemandu menyatakan bahawa dia enggan  mengambil pelanggan yang minum arak.

“Saya minta maaf saya tidak mengambil pelanggan [yang minum] alkohol,” pemandu itu menghantar mesej kepadanya di aplikasi Grab.

Pemandu itu menganggap Thivashini mabuk, tetapi dia menjelaskan bahawa dia dalam perjalan pulang daripada kerja dan berada dalam keadaan sedar dan bukannya mabuk.

Bagaimanapun, pemandu tersebut berkeras tidak mahu mengambil Thivashini sambil menyatakan bahawa dia tidak boleh bertolak ansur dengan bau alkohol.

Thivashini kemudiannya meminta agar pemandu itu membatalkan tempahan perjalanannya, namun telah diendahkan oleh pemandu tersebut sehingga dia terpaksa menghubungi kakaknya untuk mendapatkan bantuan.

Kakaknya telah membantu Thivashini  menempah perjalanan Grab  yang baharu.

Buat masa ini, Thivashini telah memfailkan aduan kepada Grab dengan memetik beberapa rungutan, seperti perkauman dan ditinggalkan oleh pemandu.

Dia menyifatkan tingkah laku pemandu itu sebagai rasis dan meninggalkan beliau terpinga-pinga.

“Hanya kerana saya seorang India, pemandu awak membuat andaian bahawa saya mabuk apabila saya meminta untuk menaiki Grab pada waktu malam. Ini adalah perkauman terang-terangan yang paling teruk. Ini adalah karut sama sekali dan tidak beretika sama sekali,” katanya dalam catatannya.

Grab Malaysia telah memohon maaf atas pengalaman yang tidak menyenangkan dan menyatakan bahawa tingkah laku sedemikian tidak diterima di platform.