Berita mengenai kepulangan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang sentiasa menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat sukan permotoran.

Baru-baru ini, dua pelumba pasukan Mercedes, George Russell dan Kimi Antonelli, berkongsi pandangan serta keterujaan mereka mengenai kehangatan litar ikonik Malaysia tersebut.

Bagi pasukan Mercedes, Malaysia bukan sekadar lokasi perlumbaan biasa, malah ia merupakan laman pangkalan utama bagi penaja rasmi mereka, PETRONAS.

Kenangan George Russell Bersama Permainan Video

'Sepang Is Back' – Reaksi Jujur George Russell Dan Kimi Antonelli Buat Peminat Permotoran Malaysia Teruja
Sumber Gambar: X

George Russell tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila membayangkan aksi di Sepang. Menurut beliau, litar tersebut mempunyai tempat yang agak istimewa dalam memorinya sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Walaupun belum pernah memandu di litar fizikal Sepang, beliau sudah sangat terbiasa dengan selok-belok litar itu melalui simulasi permainan video.

“Mempunyai perlumbaan di Malaysia, Sepang akan jadi sangat, sangat hebat. Sepang sebenarnya merupakan litar kegemaran saya semasa kecil apabila saya selalu memainkannya dalam permainan video F1.

Saya tidak pernah memandu di sana, tetapi saya rasa seperti sangat mengenalinya kerana kerap memandu di situ, jadi ia pasti sangat menyeronokkan. Dan sudah tentu, ia juga tempat asal PETRONAS. Jadi ya, ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan,” kata Russell.

Kimi Antonelli Dan Perlumbaan Laman Sendiri PETRONAS

'Sepang Is Back' – Reaksi Jujur George Russell Dan Kimi Antonelli Buat Peminat Permotoran Malaysia Teruja
Sumber Gambar: Threads

Bagi pelumba muda, Kimi Antonelli, khabar mengenai Sepang memberi makna yang amat besar buat pasukan. Beliau menegaskan bahawa aksi di Sepang merupakan medan perlumbaan tempatan yang sebenar bagi rakan rakan strategik mereka.

Semasa disoal mengenai pengalamannya, Kimi mengesahkan bahawa beliau juga mengenali litar berkenaan menerusi alam maya.

“Oh, Sepang kembali. Jadi itu sebenarnya perlumbaan laman sendiri yang sebenar buat PETRONAS. Ia merupakan litar yang sangat menarik, jadi saya fikir ia akan jadi amat luar biasa,” ulas Kimi.

Apabila ditanya sama ada beliau pernah memandu di sana secara maya, Kimi menjawab, “Ya, sudah tentu.” Namun apabila ditanya jika beliau pernah memandu di sana dalam kehidupan sebenar, beliau mengeleng kepala sambil menjawab, “Tidak, belum pernah. Sebab itulah saya rasa ia akan menjadi satu pengalaman yang sangat menarik.”

Litar Ikonik Yang Sentiasa Dirindui

Melihat kepada maklum balas positif daripada kedua-dua pelumba ini, jelas bahawa Litar Antarabangsa Sepang mempunyai tarikan tersendiri yang sukar ditandingi.

Gabungan sudut selekor yang mencabar serta nilai sejarah bersama PETRONAS menjadikan Sepang antara destinasi yang paling dinantikan oleh para pelumba F1.

Boleh tonton penuh video di bawah:-