Berakhirnya saingan Terbuka Indonesia semalam menyaksikan para pemain badminton dunia telah melalui 13 kejohanan utama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi tahun 2025.
Enam bulan awal ini boleh dikatakan kempen yang baik buat kem negara apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun berjaya memenangi dua kejuaraan.
Baca Juga:
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Ke-23, 3 Jun 2025)
- Ini Jumlah Wang Tunai Dimenangi Aaron Chia-Soh Wooi Yik Selepas Nikmati Empat Final Pada 2025
- Pearly Tan-Thinaah Ke Final Terbuka Indonesia 2025
Malah, Aaron-Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut cemerlang dengan kejayaan menjuarai saingan berstatus Super 750.

Aaron-Wooi Yik yang bakal berada di ranking kedua dunia secara rasminya esok turut muncul juara dalam Kejohanan Badminton Asia 2025 yang bukan merupakan kejohanan anjuran BWF.
Wakil beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah juga semakin menampilkan peningkatan dengan satu kejuaraan dan dua kali muncul naib juara.
Daripada 13 kejohanan berstatus Super 300 hingga 1000 tersebut, wakil Malaysia gagal ke separuh akhir dalam saingan di All England (Super 1000) serta tiga kejohanan dengan status Super 300 iaitu Terbuka Jerman, Terbuka Switzerland dan Thailand Masters.
Berdasarkan statistik ini, sektor perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran masih lagi ketandusan kejuaraan.

Pecahan Pencapaian Mengikut Kedudukan
Juara
Terbuka India (Super 750)
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
Indonesia Masters (Super 500)
Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Terbuka Thailand (Super 500)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Pearly Tan-M. Thinaah

Malaysia Masters (Super 500)
Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Terbuka Singapura (Super 750)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
*Kejohanan Badminton Asia (Bukan Anjuran BWF)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Naib Juara
Indonesia Masters (Super 500)
Pearly Tan-M. Thinaah
Malaysia Masters (Super 500)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Terbuka Indonesia (Super 1000)
Pearly Tan-M. Thinaah
Tewas Di Separuh Akhir
Terbuka Malaysia (Super 1000)
Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
Terbuka India (Super 750)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
Pearly Tan-M. Thinaah
Indonesia Masters (Super 500)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Orleans Master (Super 300)
Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
Terbuka Taipei (Super 300)
Chen Tang Jie-Chen Wan Tse
Terbuka Indonesia (Super 1000)
Man Wei Chong-Tee Kai Wun