Baru-baru ini seorang ‘abang guard‘ di sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka menemui bagasi yang berisi wang tunai melebihi RM500,000.
Bagasi tersebut ditemui di tempat meletak kenderaan di premis berkenaan, petik Berita Harian.

Baca Juga:
- Pengawal Keselamatan Tular Pamer Bakat Main Piano Rupanya Ada Ijazah Dalam Muzik
- Cik B Tampil Imej ‘Big Boss’, Dikelilingi Hampir 10 Bodyguard
- ‘Nampak Macam Melayu’ – Bodyguard Baharu TMJ Bersongkok Curi Tumpuan Ramai
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an semalam berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, hasil pengiraan mendapati beg itu berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.
“Kita percaya wang berkenaan adalah tulen. Bagaimanapun kita akan sahkan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).
“Justeru, kita minta mana-mana individu yang ada tertinggal bagasi berisi wang lebih RM500,000 untuk tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi 03-79662222,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini.
Sementara itu warganet pula memuji kejujuran ‘abang guard‘ tersebut yang tidak ‘gelap mata’ apabila menemui bagasi berkenaan.



Pada masa sama warganet berharap pengawal keselamatan diberikan pingat penghargaan atas kejujurannya itu.
Dalam pada itu, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan namun tidak memfokus kepada lokasi bagasi tersebut ditemukan.
“Susulan itu, kita membuka siasatan di bawah kertas inkuiri polis berkaitan penemuan wang berkenaan.
“Jika pemilik ingin menuntut wang berkenaan, kita minta turut membawa bukti-bukti berkaitan. Bagaimanapun sekiranya ia tidak dituntut, wang ini kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.