Pada hari semalam tular satu klip video seorang pemandu kereta mewah Mercedes menyerang dan menghalang pegawai penguat kuasa sedang bertugas.

Pemandu Mercedes itu dirakam menolak pegawai penguat kuasa tersebut sehingga terjatuh ke atas motosikal. Namun pergaduhan tersebut dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Baca Juga:

Memetik laporan kemas kini kes tersebut, polis telah menahan pemandu terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes menghalang anggota penguatkuasa yang mengeluarkan kompaun terhadapnya atas kesalahan parkir di Jalan Flora, Taman Flora di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada jam 3.50 petang.

“Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.

“Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang penguat kuasa daripada mengeluarkan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah beliau lagi Katanya, kedua-dua pihak mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Menurut Ismail, kes disiasat di bawah 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Sumber