Siapa di sini suka makan sushi dan sudah lama tidak makan ia? Ini berita baik buat anda di luar sana untuk makan sushi sepuas hati.
Sushi King tampil dengan promosi ‘Makan Puas-Puas’ yang pastinya akan membuat anda tersenyum gembira. Menariknya dengan promosi ini, anda dapat nikmati sushi dan Tsumami dengan harga RM3.18 tanpa mengira warna pinggan kecuali sushi untuk pinggan berwana biru pada harga normal RM2.12 (harga tidak termasuk 6% service tax dan 10% service charge).
Mesti anda sudah terbayang pelbagai pilihan sushi yang ada dan perut anda sudah berkeroncong, bukan? Untuk pengetahuan anda, promosi ini telah bermula pada 18 Mei 2020 yang lalu dan akan berakhir pada 29 Mei 2020.
Promosi ini sah untuk makan di restoran Sushi King dan sah di kesemua cawangan Sushi King kecuali Sushi King Kiosk dan Sushi King Deli. Setiap sesi makan hanya dilimitkan selama 45 minit sahaja.
Menarik promosi yang ditawarkan oleh Sushi King ini. Mungkin anda yang tidak tahu ingin berbuka puasa apa hari ini bolehlah berbuka di Sushi King.
Sementara itu, jika anda tidak ingin berbuka puasa di Sushi King dan ingin masak sahaja di rumah, kami senaraikan beberapa resipi menarik untuk anda cuba dengan klik sahaja pautan di bawah ini.
Resipi Ringkas Dan Sedap Biskut Florentine Tanpa Guna Tepung Florenta Untuk Anda Cuba Di Rumah
Ini Resipi Mudah Lotus Cheese Cake Dijamin Sedap Tanpa Perlu Dibakar Yang Kini Jadi Kegilaan Netizen
Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’