Sergio Aguero tidak melepaskan peluang untuk troll Cristiano Ronaldo di hadapan peminat tegas pemain itu IShowSpeed.
IShowSpeed menjadi influencer jemputan FIFA untuk Piala Dunia Kelab 2025. Dan dia berkesempatan bertemu dengan Sergio Kun Aguero – yang menjadi pegawai khas dalam kem Argentina.
IShowSpeed menyapa Aguero dan bertanya tentang Lionel Messi. Aguero segera menjawab: “Bukankah kamu peminat tegar Cristiano Ronaldo?
IShowSpeed mengaku dan dia juga tahu Aguero peminat tegar Messi. Namun Speed tetap mahu berjumpa dengan Lionel Messi pada kali ini.
Speed is wearing a Ronaldo shirt at Messi and Inter Miami's Club World Cup match 😂 pic.twitter.com/rQgaSg8D6p
— ESPN FC (@ESPNFC) June 15, 2025
Aguero menambah: “Saya hormati itu [kamu peminat CR7], dia pemain yang hebat, dan jelas sekali saya pilih Messi.”
Aguero kemudian bertanya, adakah Ronaldo bermain di Piala Dunia Kelab?
“Bukankah dia bermain di Piala Dunia Kelab? Tidak? Mungkin dia harus menontonnya di tv,” jelas Aguero melancarkan peluru sindiran pertamanya.
Speed kemudian membalas: “Dia tak main di Piala Dunia Kelab. Tetapi dia akan bermain di Piala Dunia [2026]. Dan dia akan memenangi Piala Dunia 2026.”
Sergio Aguero sindir CR7
Sergio Aguero kemudian membuat wajah kononnya kehairanan, kerana menurutnya, bukankan Ronaldo sudah pun memenangi Piala Dunia.
Dengan nada sinis, Aguero berkata: “Bukankah dia baru menang Piala Dunia minggu lalu?”
Speed mencelah: “Itu Uefa Nations League.”
Aguero: “Oh, Nations League, tahniahlah.”
Aguero jelas sekali troll Ronaldo dan Portugal sebagaimana netizen yang menyindri di media sosial menganggap Portugal dan Ronaldo meraikan UNL seperti menang Piala Dunia.
Kemudian ada juga yangg mulai membandingkan UNL dengan kejayaan trofi major seperti Piala Dunia, Euro dan Copa America.
Aguerooooooooooooo told Speed Ronaldo already won the World Cup last week. This is killing me. ðŸ˜ðŸ˜‚🤣💦💦
pic.twitter.com/VuftDdPVRf— FCB Fanatic (@FCBFanatic_) June 15, 2025
CR7 tidak terlibat dalam Piala Dunia Kelab 2025 setelah kelabnya Al Nassr gagal untuk memenangi sebarang pertandingan musim ini.
Lionel Messi pula layak ke Piala Dunia Kelab 2025 bersama dengan Inter Miami. Kelab yang turut membawa kibaran bendera pasukan tuan rumah.
Dalam kariernya, Lionel Messi sudah pun memenangi Piala Dunia bersama dengan Argentina yang dianggap sebagai pelengkap bola sepak untuk seorang bintang bernama Lionel Messi.
Sementara CR7 masih lagi berusaha untuk menggapai kejayaan yang sama dalam satu lagi edisi akan datang.