Penyerang skuad kebangsaan, Sergio Aguero dilaporkan bakal menyertai salah satu kelab promosi Thai League 1 musim hadapan.

Menurut perkongsian Harimau Abroad, Aguero bakal menyertai Kanchanaburi Power FC, sebuah kelab yang berpangkalan di wilayah Kanchanaburi.

Baca Juga:

Sergio Aguero Beraksi Di Thailand

“Presiden Kanchanaburi Power mengesahkan menandatangani penyerang naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero yang akan tiba pada 2 Julai.

Salah seorang pemain naturalisasi negara itu terpaksa mencari kelab lain selepas Sri Pahang menarik diri dari saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Sergio Aguero
Sumber Gambar: FAM

Aguero beraksi selama 3 musim bersama Sri Pahang dimana beliau membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.

Baru-baru ini, Aguero menjadi sebahagian dari skuad ASEAN All Stars yang menewaskan Manchester United dalam aksi Piala Maybank di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sergio Aguero
Sumber Gambar: Asean Football

Selain Aguero, beberapa pemain negara yang lain turut dipanggil bagi beraksi dalam kejohanan pasca musim itu.

Antara pemain yang dipanggil ialah Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad Adib Abdul Ra’op, Muhammad Haziq Nadzli dan Declan Lambert.