Setiap kali nak dekat Hari Raya, mesti kita akan disajikan dengan banyak iklan kreatif yang dibawakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia! Ada yang sedih, ada yang gembira dan ada juga yang kreatif dalam menarik perhatian rakyat Malaysia.

Tune Protect juga nampaknya tidak terkecuali. Baru-baru ini mereka ada tampilkan iklan raya yang dilabel netizen sebagai cute dan kreatif.

Nak tahu apa sebab apa iklan ini dilabel cute dan kreatif? Jom kita tengok iklan Zapin TerPaling Raya di bawah.

Iklan ini sebenarnya mengenai T.P. selaku maskot rasmi Tune Protect yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

Nak jadi cerita, T.P. ni langsung tak kisahkan soal keselamatan. Bawa secara melulu serta memotong kereta tak kira masa membuatkan T.P. terlibat dengan kemalangan. Lebih parah, T.P. telah dilanggar dengan seekor kerbau.

Mujur T.P. ada insurans Tune Protect. Dalam erti kata lain, sebarang musibah yang berlaku sewaktu perjalanan akan dilindungi pihak Tune Protect.

Mungkin anda yang tertanya-tanya sebab apa badan T.P. berbentuk jari? Sebenarnya kerana kami ingin tunjukkan kepada anda bahawa semuanya di hujung jari sahaja bersesuaian dengan servis yang ditawarkan Tune Protect. Kreatif bukan?

Nak tahu apa yang lagi best dengan Tune Protect? Tune Protect juga ada sediakan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan anda. Sama ada insurans, kereta, insurans kesihatan mahupun perumahan semuanya ada ditawarkan Tune Protect.

Dah tak perlu lagi pening-pening pelbagai insurans di tempat yang berbeza jika semuanya ditawarkan di bawah satu bumbung. Serius memudahkan pengguna.

Sesuai dengan dunia hujung jari, anda boleh dapatkan pelan insurans sepantas tiga minit sahaja. Menariknya, semuanya boleh dibuat menerusi dalam talian sepenuhnya. Jimat masa bukan?

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan insurans Tune Protect jom layari laman Tune Protect sekarang.

Oh ya, anda juga boleh dapatkan diskaun dalam talian sebanyak 10 peratus dan pulangan tunai sebanyak 20 peratus. Apa tunggu lagi? Ayuh muat turun aplikasi Tune Protect di Apple App Store atau Google Play Store dan #KlikUntukMula insurans paling epik.