Bila kita memandu kereta, selalunya kita akan cari jalan alternatif untuk elak bayar tol untuk berjimat. Kalau sudah tiada cara lain, barulah kita guna jalan yang ada tol.

Namun, kami ada berita baik untuk anda semua kerana Shopee hendak ‘belanja’ pengguna setia Shopee yang bertuah 1 tahun tol percuma. Ya, setahun bukan sehari!

Kempen Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi menawarkan hadiah 1 Tahun Tol Percuma!

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi menawarkan 12PM Tawaran Super Seringgit, Penghantaran Percuma dan paling dinantikan, peluang menangi 1 Tahun Tol Percuma!

Menerusi kolaborasi bersama Touch ‘n Go, 3 pemenang akan dipilih setiap hari bermula 1 – 15 Disember (8 pemenang semasa sesi Shopee Live pada tarikh 12 Disember) untuk bermain permainan 12.12 Roda Shopee yang bakal dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi.

Macam mana untuk jadi pemenang? Pertama sekali, anda perlu tebus kod unik melalui microsite Shopee setiap hari.

Kemudian anda perlu buat pembelian melalui Shopee Live dan pengguna bertuah akan dihubungi untuk sertai permainan 12.12 Roda Shopee. So, jangan lupa untuk menonton siaran langsung pada pukul 8 malam setiap hari! (Lebih banyak anda beli, lagi tinggi peluang untuk menang!).

Seterusnya jika anda pengguna bertuah, anda perlu menjawab soalan mudah terlebih dahulu sebelum memutar 12.12 Roda Shopee. Kemudian anda boleh memilih arah dan kekuatan memutar Roda Shopee. Jadi, cara dan strategi anda memutar Roda Shopee inilah yang akan membantu anda untuk peluang memenangi hadiah 1 tahun tol percuma!*

Bukan sahaja pelbagai hadiah hebat untuk dimenangi, artis tempatan juga bakal membuat kemunculan di Shopee Live!

Ehem! Datuk Aznil Hj Nawawi tidak akan berseorangan sepanjang sesi Shopee Live nanti kerana beliau turut akan disertai oleh beberapa artis ternama tanah air bagi memeriahkan sesi Shopee Live setiap hari. Artis-artis seperti Izzue Islam, Zoey Rahman, Adam Lee, Dato’ Seri Vida, Diana Danielle dan banyak lagi bakal menyerikan sesi Shopee Live bermula 1 Disember nanti!

Selain berpeluang untuk memenangi hadiah utama, turut ditawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik lain seperti baucar eksklusif untuk membeli di Shopee Live dan sehingga 3 juta Syiling Shopee juga turut ditawarkan. Memang betul-betul Shopee belanja anda nanti.

Jadi, siap sedia setiap hari bermula dari 1 Disember – 15 Disember ini untuk berhibur bersama Pak Nil dan artis-artis tempatan dengan Shopee Live.

Memang senyum lebarlah jika anda terpilih sebagai salah seorang pemenang 1 tahun tol percuma. Nak balik kampung pun bila-bila masa sahaja sebab dah tahu akan jimat belanja bila susuri tol nanti. Semoga berjaya!

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi sudah bermula!

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk meraikan bersama-sama Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, pelbagai tawaran menarik menanti anda dan beli semua dengan harga runtuh.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.