Jenama Converse yang tidak perlu diperkenalkan lagi kini kembali berkongsi kembali dengan komuniti menerusi kempen ‘Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next’.
Minggu lalu mereka telah mengadakan Converse All Stars Workshop & Soul Feast di mana individu terkenal dalam industri hiburan, Qi Razali dan Monoloque telah meluangkan masa menerusi perkongsian santai The Talk yang memberi peluang kepada komuniti Gen Z mengetahui lebih lanjut ‘asam garam’ dunia seni.
Munjiy, DJ dan stylist yang kini bersama Global All Stars Team turut berkongsi perkembangan di bawah program All Stars.
Sesi Soul Feast pula memberikan pengalaman unik dalam dunia gastronomi dengan memperkenalkan The Choobs, seorang DJ/produser dan pemilik cafe “Cue at 27” dan Chef Haqiemaoki, seorang artis visual yang turut mengendalikan restoran pop-up di sekitar Kuala Lumpur. Kedua-keduanya yang juga ahli All Stars memberikan defininasi baharu kepada penyediaan makanan dengan mengetengahkan Soul Feast yang lebih unik dan kreatif.
Bukan sekadar sesi ‘food testing’ biasa, menurut Converse, pemilihan kedua-dua chef unik ini membawa satu takrifan baru kepada hidangan sebenar.
“Kami mahu membawakan sesuatu yang kreatif dalam penyediaan makanan dan atas sebab itu Soul Feast diketengahkan untuk memberi pengalaman berbeza kepada rakan media dan komuniti All Stars,” jelasnya.
Converse All Stars Workshop & Soul Feast turut menyaksikan persembahan projection mapping dari All Stars Abdul Shakir aka Grasshopper.
Kempen Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next – Converse All Stars Workshop & Soul Feast menghimpunkan barisan pempengaruh Converse bersama komuniti All Stars untuk memperkasakan lagi komuniti anak muda yang mampu menyumbang kembali kepada masyarakat. Kempen ini turut mendapat kerjasama Common Ground Bukit Bintang.
Converse Malaysia turut berkata akan ada lebih banyak sesi seperti ini berlangsung di masa akan datang dan segala info boleh didapati di laman Instagram Converse Malaysia. Jangan terlepas mana-mana sesi yang hebat ini!