Walaupun agak popular dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia sebelum ini, namun harus diakui Perodua Kelisa tidaklah sehebat Perodua Myvi dalam melakukan ‘aksi di luar jangkaan’ yang akan mendapat perhatian netizen.

Namun begitu, kejadian banjir kilat yang berlaku di sekitar ibu kota pada semalam membuktikan sebaliknya apabila aksi sebuah Perodua Kelisa meredah banjir berjaya mencuri perhatian orang ramai di jalanan dan juga tular di media sosial.

Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter, video Kelisa tersebut dirakam berjaya meredah banjir walaupun paras air di atas jalan ketika itu berada paras yang agak tinggi.Tonton video di bawah untuk melihat dengan lebih jelas.

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada petang semalam dilanda bajir kilat selepas hujan lebat yang berterusan selama 2 jam.

Menurut laporan daripada beberapa portal berita, antara kawasan yang terjejas adalah termasuk Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5, Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak serta Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang.

Paras air yang dilalui Kelisa
Paras air yang dilalui Kelisa

Kembali pada aksi mengejutkan Perodua Kelisa tadi, walaupun paras air di jalan yang dilalui dilihat menghampiri ketinggian tingkap di bahagian tepi, namun ia berjaya melalui dengan tenang dan tanpa sebarang masalah.

Kejayaan kereta tersebut melepasi ‘halangan’ tersebut turut menerima tepukan gemuruh orang ramai yang berada di kawasan sekeliling ketika video tersebut dirakam.

Walaupun aksi tersebut mungkin kelihatan luar biasa, namun kejayaan kereta yang dinamakan bersempena dengan ikan kelisa ini mungkin hanya salah satu kelebihan yang datang dengan namanya yang unik itu.

Adakah anda pernah melihat aksi menarik lain yang pernah dibuat Perodua Kelisa sebelum ini dan adakah ianya lebih hebat daripada Myv yang sentiasa tular sebelum ini?

Tonton juga skil unik pemandu Myvi ini untuk mengelak daripada membayar tol yang pernah tular sebelum ini di pautan di bawah. 

Netizen Terpegun Dengan Skil Pemandu Myvi Ini Untuk Elak Bayar Tol

Disangka Penjenayah, Aksi Kelisa Dikepung Pihak Polis Di Banting Ini Timbulkan Persoalan Netizen

Persis Permainan ‘GTA’, Myvi Dipandu Remaja 17 Tahun Dikepung 7 MPV Polis Sebelum Ditahan

Sumber