12 tahun selepas pelancaran LEGO® NINJAGO®, The LEGO Group kini membuka era baharu LEGO NINJAGO dalam dunia hasil ciptaan alam tergabung, dengan membawakan kembali watak-watak kegemaran ramai sambil memperkenalkan beberapa karakter baharu.
The LEGO Group kini melancarkan alam tergabung baharu LEGO® NINJAGO® yang mengetengahkan watak, produk dan rancangan TV animasi serba baharu yang dihasilkan bersama Unreal Engine daripada Epic Games.
Baca Juga:
- LEGOLAND® Perkenal MINILAND Amazing Malaysia Yang Dibina Menggunakan 1.38 Juta LEGO
- foodpanda Kini Turut Tawarkan LEGO Untuk Mudahkan Pelanggan Beli Hadiah ‘Last Minute’
- Seperti Kereta Sebenar, Myvi Dihasilkan Daripada LEGO Ini Buat Netizen Terpegun
Produk dan rancangan TV tersebut telah dilancarkan pada 1 Jun 2023 lalu dan mendapat sambutan yang hangat! Akademi LEGO® NINJAGO® juga telah menghiburkan para ninja cilik LEGO NINJAGO yang diadakan sepanjang hari di Sunway Pyramid dari 23 Mei hingga 5 Jun, Sunway Putra dari 7 hingga 11 Jun dan Sunway Carnival dari 14 hingga 25 Jun yang lalu.
Era baharu LEGO NINJAGO
Memperkenalkan watak ninja baharu Sora dan Arin, dan watak anak naga bernama Riyu, generasi baharu ini bergabung tenaga untuk menyerlahkan potensi penuh masing-masing dan misi mereka mencari ninja-ninja terkenal yang hilang dalam alam tergabung baharu.
“Kami ingin mencipta dunia LEGO NINJAGO baharu dengan watak-watak hebat dan elemen yang menarik perhatian peminat baharu sambil mengekalkan kehebatan legasi ikonik ini. Selain daripada membawakan kembali ninja-ninja yang dikenali ramai, kami turut dengan bangganya memperkenalkan watak ninja dan naga baharu yang luar biasa.
“Ia selepas tinjauan yang kami lakukan ke atas kanak-kanak pada tahun 2021, yang mendapati kemahuan mereka untuk naga menjadi tumpuan utama kisah baharu ini,” kata Nigel Kong, Ketua Produk bagi LEGO NINJAGO.
Dalam usaha membuka lembaran baharu bagi LEGO NINJAGO, The LEGO Group telah memperkenalkan rangkaian produk dinamik baharu yang membawakan kembali watak-watak kesayangan ramai di samping watak-watak baharu.
Bergabung tenaga dengan anak naga Riyu, Sora, Zane, dan Jay untuk mematahkan ancaman Lord Ras, Ratu Beatrix, dan Imperium Guard dalam 71796 Elemental Dragon vs. The Empress Mech, dan bantu Lloyd dan Arin memasuki dua sut mech luar biasa atau gabungkan kedua-dua sut untuk mencipta mech pejuang yang lebih besar lagi berkuasa menerusi 71794 Lloyd and Arin’s Ninja Team Mechs.
Mereka yang menggemari aksi mendebarkan boleh menekan spoiler kereta ke bawah untuk menghidupkan kuasa naga dan melancarkan serangan berputar tanpa diduga dalam 71791 Zane’s Dragon Power Spinjitzu Race Car dan memasuki kokpit mech sebelum menukarkannya kepada motosikal berkuasa tinggi untuk menyertai aksi kejar-mengejar kelajuan tinggi dengan Rapton di atas peluncurnya dalam 71792 Sora’s Transforming Mech Bike Racer.
71796 Elemental Dragon vs. The Empress Mech
71794 Lloyd and Arin’s Ninja Team Mechs
71791 Zane’s Dragon Power Spinjitzu Race Car
71792 Sora’s Transforming Mech Bike Racer
Bagi mereka yang menggemari set binaan lebih besar dan mencabar, 71799 LEGO® NINJAGO® City Markets ialah set terperinci yang mengandungi sejumlah 6,163 keping blok binaan!
Nikmati aneka warna dan ragam, keseronokan dan keceriaan NINJAGO® City dengan set bangunan terbesar NINJAGO yang meliputi 4 tingkat termasuk: Kereta kabel, bakeri, bot, pangsapuri, lif, medan selera atas bumbung dan banyak lagi. Dengan ketinggian 20 inci (50cm), set ini mengandungi 21 figura mini – termasuk Blacksmith Kai, Urban Sora, Urban Arin, Detective Zane, Hounddog McBrag, Gayle Gossip, Chamille, Miss Demeanor dan Dareth.
Dari 2 hingga 29 Jun, pembeli boleh menebus set 30650 Kai and Rapton’s Temple Battle di Gedung Sah LEGO dan 30649 Ice Dragon Creature di semua platform runcit lain, dengan perbelanjaan minimum RM179 bagi tema LEGO terpilih.
Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini kerana promosi khas akan diadakan bagi set LEGO NINJAGO dari 30 Jun.
Rancangan TV baharu LEGO NINJAGO: Dragons Rising akan disiarkan di saluran penyiaran dan penstriman di seluruh dunia dari 1 Jun 2023 dan boleh ditonton di Saluran YouTube LEGO.
Bahagian satu yang disiarkan pada bulan Jun merangkumi 10 episod selama 22 minit setiap satu, manakala bahagian kedua dengan 10 episod tambahan akan dilancarkan pada musim luruh. Rancangan ini telah dihasilkan bersama Unreal Engine, yang membolehkan pasukan meningkatkan kerjasama dan kreativiti dalam proses animasi, dan mencapai kualiti visual yang lebih tinggi daripada sebelumnya.
Ayuh kita bangkit! Set LEGO Ninjago Dragons Rising akan dijual dari 1 Jun 2023 dan boleh didapati di semua Gedung Sah LEGO, Gedung Rasmi LEGO® di Lazada, Shopee, LEGOLAND™, dan juga peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia.