Dalam dunia penciptaan konten yang semakin kompetitif, para content creator Malaysia perlukan satu kamera yang lengkap dalam satu pakej.

Merakam visual yang memukau, menghasilkan video profesional, dan menangkap momen penting tanpa kompromi.

Demi memenuhi keperluan pengguna, Canon tampil memperkenalkan  kamera generasi terbaru mereka iaitu EOS R6 Mark III. Model yang direka untuk membawa taraf baharu dalam dunia fotografi dan videografi.

Apa Yang Membuat EOS R6 Mark III Menjadi Kamera Hybrid Terunggul?

Setiap 'Frame' Lebih Hidup, Canon EOS R6 Mark III Sedia Angkat Kualiti Karya Anda

Canon mahu pengguna merasai sendiri sebab kamera ini mendapat perhatian global sebagai model hybrid serba lengkap.

Antaranya terdiri daripada ciri-ciri berikut:

1. Setiap detik dirakam tanpa terlepas momen penting

Setiap 'Frame' Lebih Hidup, Canon EOS R6 Mark III Sedia Angkat Kualiti Karya Anda

EOS R6 Mark III hadir dengan fungsi Pre-Continuous Shooting yang merakam sehingga 0.5 saat sebelum shutter ditekan, bersama kelajuan rakaman sehingga 40 bingkai sesaat lengkap dengan penjejakan autofokus dan pendedahan.

Disokong oleh sistem 5-paksi In-Body Image Stabilizer (IBIS) dengan keupayaan sehingga 8.5 stops, rakaman handheld kekal stabil walaupun ketika bergerak.

Gabungan sensor full-frame CMOS 32.5MP dan pemproses DIGIC X pula memastikan hasil imej kekal tajam, seimbang dan natural dalam pelbagai kondisi pencahayaan.

2. Autofokus pintar yang menjejak seperti mata manusia

Setiap 'Frame' Lebih Hidup, Canon EOS R6 Mark III Sedia Angkat Kualiti Karya Anda

Dilengkapi Dual Pixel CMOS AF II yang meliputi 100% kawasan bingkai, EOS R6 Mark III menawarkan fokus pantas dan tepat di seluruh frame.

Fungsi Auto Subject Detection mampu mengenal pasti manusia, haiwan dan kenderaan dengan ketepatan tinggi, walaupun subjek bergerak pantas atau sebahagiannya terlindung.

Ciri ini menjadikannya sesuai untuk rakaman acara, travel, street dan kandungan dinamik.

3. Satu rakaman, pelbagai format kandungan

Setiap 'Frame' Lebih Hidup, Canon EOS R6 Mark III Sedia Angkat Kualiti Karya Anda

Sebagai kamera EOS mirrorless pertama yang menyokong rakaman 7K Open Gate, EOS R6 Mark III merakam keseluruhan sensor full-frame dalam nisbah 3:2.

Ini memberi kebebasan maksimum kepada pencipta untuk menstruktur semula video kepada pelbagai aspect ratio daripada satu rakaman utama, tanpa kehilangan kualiti.

Sangat praktikal untuk kandungan YouTube, TikTok, dokumentari dan produksi berskala kecil.

4. Direka untuk bertahan, dibina untuk berkarya

Setiap 'Frame' Lebih Hidup, Canon EOS R6 Mark III Sedia Angkat Kualiti Karya Anda

EOS R6 Mark III menampilkan binaan magnesium alloy yang kukuh tetapi ringan, lengkap dengan perlindungan debu dan percikan air untuk kegunaan luar.

Sistem pelesapan haba baharu membantu mengurangkan gangguan suhu ketika rakaman panjang, termasuk 7K atau 4K 120p.

Untuk pengguna di Malaysia, kamera ini turut disokong dengan jaminan 3 tahun serta tambahan 1 tahun sempena kempen semasa yang berlangsung sehingga 31 Januari 2026, memberikan ketenangan minda untuk penggunaan jangka panjang.

Selepas tarikh tersebut, jaminan akan kembali kepada 3 tahun sahaja.

Canon EOS R6 Mark III, Kamera Dengan Pakej Terbaik Buat Para Content Creator

Setiap 'Frame' Lebih Hidup, Canon EOS R6 Mark III Sedia Angkat Kualiti Karya Anda

Canon memahami bahawa content creator atau jurugambar profesional hari ini bukan hanya perlukan kamera yang sekadar baik, malah mereka perlukan kamera yang mampu menangani semua cabaran konten moden.

Baik dari segi rakaman aksi yang laju, pencahayaan yang malap sehinggalah kepada produksi video berkualiti tinggi, EOS R6 Mark III hadir untuk menjawab semuanya.

Canon EOS R6 Mark III direka dengan falsafah bahawa visual yang hebat mampu bercerita lebih baik daripada kata-kata, memastikan setiap frame dirakam dengan impak dan emosi yang jelas.

Pada kali ini, Canon mengetengahkan identiti baharu sebagai jenama yang serius dalam dunia hybrid creation. Sesuai sangat untuk generasi digital-first.

Rasai Sendiri Kehebatan EOS R6 Mark III

Setiap 'Frame' Lebih Hidup, Canon EOS R6 Mark III Sedia Angkat Kualiti Karya Anda

Bagi mereka yang mahu merasai sendiri prestasi sebenar Canon EOS R6 Mark III, Canon akan menganjurkan siri Touch & Try Tour 2025 di G Hotel Gurney, Pulau Pinang pada 17 Januari 2026, dari jam 1.00 petang hingga 5.00 petang.

Acara ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat, memegang dan menguji sendiri keupayaan kamera ini dalam suasana yang lebih santai dan interaktif, sambil berhubung dengan komuniti pencipta tempatan.

Dengan yuran pendaftaran RM30, peserta bukan sahaja mendapat akses ke sesi Touch & Try, tetapi turut menikmati pelbagai nilai tambah termasuk T-shirt eksklusif Canon, perkhidmatan pembersihan kamera dan lensa, serta peluang menyertai sesi cabutan bertuah dengan hadiah menarik.

Pengunjung juga berpeluang mencuba sendiri EOS R6 Mark III bersama rangkaian lensa Canon, selain menikmati jamuan ringan selepas acara.

EOS R6 Mark III bukan sekadar kamera baharu dalam barisan sistem EOS R, tetapi sebuah peranti untuk mengekspresikan kreativiti pengguna.

Ketahui lebih lanjut mengenai Canon EOS R6 Mark III dengan klik di sini.