Amerika Syarikat memuji kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas berjaya menganjurkan dan menjadi perantara rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang berlangsung di Putrajaya semalam.

Dalam kenyataan rasmi, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata Washington berterima kasih atas usaha Anwar memimpin perbincangan yang membawa kepada gencatan senjata serta menganjurkannya di bawah inisiatif ASEAN yang dipengerusikan oleh Malaysia tahun ini.

anwar

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Trump sebelum ini cuba ‘claim’ bahawa dia telah menjadi watak penting dalam gencatan senjata tersebut. Sedangkan kedua dua negara berkonflik sebelum ini tidak menghiraukan langsung nasihat Trump.

Trump terus mengambil kredit bahawa dia adalah Presiden Keamanan sebenar. Sebelum ini Benjamin Netanyahu mahu Trump diberikan anugerah Keamanan Nobel kerana dianggap tokoh kemanan sebenar.

trump

Namun begitu, menurut Channel News Asia (CNA) dan The Guardian, tentera kedua dua negara masih berperang sesama sendiri selepas pujukan daripada Trump agar kedua duanya berdamai.

Dan kira kira lebih 200,000 orang awam terjejas kerana konflik ini. Oleh sebab itu CNA mempersoalkan, jika amaran Trump tidak diendahkan oleh kedua dua negara itu, adakah Malaysia akan mampu menjadi perantara lebih baik?

Dan ternyata selepas perbincangan 4 mata antara pemimpin kedua dua negara di hadapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi perantara, akhirnya kedua dua negara berdamai.

Media antarabangsa turut mengakui peranan Malaysia dan Anwar Ibrahim dalam isu penyelesaian secara diplomasi ini.

Wakil kerajaan AS, Rubio akhirnya mengakui bahawa Malaysia adalah negara yang berjaya menjadi pendamai sebenar, sebaliknya AS dan Trump hanya menjadi penyokong kepada usaha damai ini.

Rubio turut menekankan komitmen AS untuk melihat konflik itu ditamatkan secara aman dan menyeru semua pihak agar mematuhi terma yang telah dipersetujui.

Perjanjian gencatan senjata tersebut mula berkuat kuasa tengah malam 28 Julai, selepas lima hari pertempuran di sempadan kedua-dua negara yang menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang terkorban dan lebih 300,000 penduduk terjejas atau terpaksa dipindahkan.

Rundingan di Putrajaya itu mempertemukan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, yang buat pertama kalinya duduk semeja sejak tercetusnya konflik pada 24 Julai lalu.

Anwar Ibrahim bertindak sebagai tuan rumah dan pemudah cara utama, dengan rundingan turut disaksikan wakil Amerika Syarikat dan China.

Hun Manet menyifatkan hasil rundingan itu sebagai satu kejayaan cemerlang dan mengucapkan penghargaan terhadap Anwar atas keupayaan beliau menyatukan kedua-dua pihak dalam situasi genting.

Sementara itu, Phumtham turut menyampaikan terima kasih kepada Malaysia dan komuniti antarabangsa atas bantuan diplomatik yang diberikan.

Perdana Menteri Malaysia,  Anwar Ibrahim dalam kenyataannya menegaskan bahawa rundingan tersebut adalah satu langkah penting dalam mengurangkan ketegangan dan memulihkan kestabilan di rantau ASEAN.

Beliau turut mengumumkan bahawa Malaysia akan mengetuai pasukan pemerhati gencatan senjata bagi memastikan perjanjian ini dipatuhi dan tidak dicabuli.

Sebagai langkah susulan, satu mesyuarat antara komander tentera Malaysia, Thailand dan Kemboja dijadualkan berlangsung hari ini di Putrajaya, manakala Jawatankuasa Sempadan Bersama akan bertemu di Kemboja pada 4 Ogos depan untuk membincangkan pelaksanaan gencatan senjata dan pemulihan kawasan terjejas.

Diplomasi PMX Dan Malaysia Dipuji Media Antarabangsa

Langkah diplomasi Malaysia ini dilihat sebagai satu manifestasi peranan aktif negara dalam keamanan serantau, sekaligus menonjolkan kebolehan diplomatik Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan konflik dua hala secara aman.