Kalau anda selalu singgah Pinterest atau TikTok, mesti pernah nampak video desk setup yang kemas, minimalis dan nampak begitu “clean“. Hakikatnya, ramai sangka workstation seperti itu memerlukan bajet yang besar.
Dengan beberapa aksesori yang praktikal, meja kerja biasa pun boleh nampak lebih tersusun dan selesa digunakan. Yang penting, setiap barang ada fungsi tersendiri dan bukan sekadar hiasan.
Jadi, kalau anda nak upgrade setup workstation tanpa belanja besar?
Ini 5 barang bawah RM50 yang boleh membantu menjadikan meja kerja lebih kemas, aesthetic dan selesa digunakan setiap hari.
1. Monitor memo board

Kalau anda masih tampal sticky notes di sekeliling monitor, mungkin sudah tiba masanya untuk upgrade.
Monitor memo board dipasang di bahagian tepi skrin dan sesuai untuk meletakkan nota penting, senarai tugasan, kod OTP atau peringatan harian. Selain memudahkan kerja, ia juga menjadikan workstation nampak lebih kemas kerana tidak lagi dipenuhi kertas kecil.
2. Cable management box

Banyak workstation nampak berselerak bukan kerana terlalu banyak barang, tetapi disebabkan wayar dan extension plug yang terdedah.
Cable management box membantu menyembunyikan extension plug, adapter dan kabel dalam satu bekas. Hasilnya, ruang kerja terus nampak lebih bersih dan kemas tanpa perlu mengubah keseluruhan setup.
3. Under desk storage drawer

Tak semua meja mempunyai laci, tetapi anda boleh menambah ruang simpanan sendiri.
Laci pelekat yang dipasang di bawah meja sesuai untuk menyimpan barang kecil seperti pendrive, AirPods, kabel pengecas, pen atau sticky notes. Permukaan meja juga kekal kosong dan lebih tersusun.
4. Headphone hook bawah meja

Ramai memilih headphone stand, tetapi headphone hook bawah meja sebenarnya lebih menjimatkan ruang.
Ia dipasang menggunakan pelekat atau skru di bawah meja dan membolehkan headphone disimpan dengan kemas tanpa memenuhi ruang atas meja.
5. Screen cleaning kit
Skrin laptop dan monitor mudah dipenuhi cap jari, habuk dan kesan minyak tanpa disedari.
Screen cleaning kit biasanya dilengkapi dengan semburan khas dan kain microfiber yang selamat digunakan pada skrin. Walaupun aksesori ini kecil, skrin yang bersih mampu membuatkan keseluruhan workstation kelihatan lebih kemas dan terjaga.
Upgrade workstation tanpa perlu belanja besar
Workstation yang kemas bukan semata-mata untuk cantik di dalam gambar. Ruang kerja yang lebih tersusun juga memudahkan anda mencari barang, mengurangkan gangguan visual dan menjadikan rutin harian lebih selesa.
Kalau anda bercadang untuk menaik taraf setup meja kerja, lima aksesori ini boleh menjadi permulaan yang praktikal tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar.