Pemain pertahanan negara, Shahrul Saad bersedia untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan E temasya Piala Asia 2023 Qatar menentang Bahrain pada 20 Januari nanti.

Shahrul dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika aksi pembukaan menentang Jordan yang menyaksikan pasukan negara tewas dengan keputusan 4-0.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kali ini, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sedia sekiranya diberi tanggungjawab oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi membarisi kesebelasan utama.

Shahrul Saad
Sumber Gambar: FAM

“Kami kalah bukan kerana tidak beraksi baik cuma pasukan Jordan lebih bersedia dan tahu menggunakan kelemahan yang ada pada pasukan Malaysia.

“Apapun, kami perlu kekal positif dalam baki dua perlawanan ini, tiada jalan lain buat kami dan perlawanan menentang Bahrain amat penting buat kami.

“Kemenangan adalah perkara utama buat diri saya kerana kami tahu sudah lama kita berusaha untuk sampai ke tahap ini.

“Apabila berada di sini, kami tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Jika diberikan peluang untuk bermain, sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik dan kami akan berjuang untuk negara Malaysia,” kata Shahrul Saad dipetik dari laporan Stadium Astro.

Ketika dimasukkan, barisan pertahanan negara dilihat tampil lebih baik dimana mereka mampu untuk menyerap gerakan serangan Jordan. Berbeza dengan separuh masa pertama yang mana pemain lawan amat mudah memasuki benteng pasukan negara yang rapuh.

Pasukan negara wajib mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri ketika menentang Bahrain bagi menghidupkan semula peluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Sama seperti Malaysia, Bahrain juga tewas pada perlawanan pertama dimana mereka terpaksa menelan kekalahan di tangan Korea Selatan dengan keputusan 3-1.