Pemilik Manchester City, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, diramal mungkin menjual kelab itu sekiranya rayuan terhadap keputusan bersalah dalam kes pelanggaran peraturan kewangan Premier League gagal.
Menurut pakar, Christopher M. Davidson, keputusan di mahkamah rayuan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada Manchester City, malah boleh menjejaskan reputasi keluarga pemerintah Abu Dhabi.
Davidson yang merupakan seorang pengkaji politik dan ekonomi negara teluk terutama sekali UAE. Dia pernah menjadi pensyarah di Universiti Zayed, Abu Dhabi, percaya keluarga pemerintah Abu Dhabi akan berasa βmalu dan terhinaβ sekiranya keputusan tersebut kekal selepas proses rayuan.
βSaya tidak nampak sebarang senario di mana mereka akan terus memiliki kelab itu,β kata Davidson.
Davidson juga percaya bahawa keluarga pemerintah Abu Dhabi tidak kisah tentang rugi yang mereka tanggung daripada harga penjualan kelab itu nanti. Kerana maruah dan reputasi adalah paling penting.
π¨π£ πππππ ππππππππ: Sheikh Mansour will sell Manchester City if the appeal fails, according to UAE expert Christopher M. Davidson. π¦πͺπ΅π³
He says the ruling family would feel embarrassed and disgraced.
Would rather cut losses than leave the ownership tainted in⦠pic.twitter.com/GjhHISSurj
— Topskills Sports UK (@topskillsportuk) October 5, 2026
Manchester City sebelum ini didapati bersalah atas sebahagian besar daripada 115 pertuduhan yang dikemukakan Premier League selepas proses perbicaraan yang mengambil masa beberapa tahun.
Suruhanjaya bebas Premier League mendapati terdapat pelanggaran peraturan kewangan sepanjang sembilan musim, termasuk dakwaan penggunaan kontrak βpalsuβ dengan rakan komersial bagi meningkatkan pendapatan secara artifisial serta mengurangkan kos lebih Β£900 juta.
Suruhanjaya itu turut mendapati Manchester City mengemukakan akaun yang tidak tepat dan gagal mematuhi beberapa peraturan liga.
Bagaimanapun, Manchester City menafikan semua kesalahan dan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Proses rayuan masih berjalan dan sebarang hukuman terhadap kelab itu belum diputuskan.
Pada Jun lalu, Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak, menegaskan bahawa tiada rancangan untuk menjual kelab tersebut.