Pelakon dan penyampai radio, Shiera Ijoy telah berkongsi dengan netizen kesusahan yang sedang dihadapi oleh pelakon legenda Aman Graseka.

Ianya kerana Aman Graseka sudah lama putus ‘job’ berlakon. Ibarat jatuh ditimpa tangga, Aman Graseka menyatakan bahawa dia tidak boleh bergerak ke mana mana ketika ini kerana keretanya rosak.

Oleh itu Shiera mengajak para netizen untuk sama sama menyumbang bantuan kepada Aman Graseka.

Dia menulis: “Kalau sapa nak bantu kawan kita pelakon dah lama tak kerja.

“Saya minta bantuan di hari Jumaat untuk belanja harian juga.

“Kereta rosak tak dapat bergerak. Kalau sapa ada lebih. Niat zakat pun boleh 10 seringgit.

“Sebab dah berbulan rezeki berkurangan,” tegas Shiera yang turut berkongsi malumat nombor akaun bank pelakon itu.

Shiera turut memaparkan mesej daripada Aman Graseka yang berdoa semoga ada rezeki pada Jumaat untuk anak anaknya makan.